iOS 13.1pula dilaporkan akan dilepaskan pada 24 September ini.

Selepas melepaskan kemas kini versi terbaru iOS 13.0 kepada pengguna iPhone semalam, Apple telah turut sama merancang untuk melepaskan sistem operasi terbaru iPadOS kepada semua pengguna iPad lebih awal iaitu pada 25 September ini.

Sebelum ini Apple menyatakan iPadOS hanya akan dilepaskan pada 1 Oktober nanti.

Sementara itu, pengguna iPhone yang telah menaik taraf iOS mereka kepada iOS 13 pula dilaporkan akan menerima kemas kini iOS versi 13.1 pada 24 September ini.

Ketika ini, Apple telah pun melepaskan versi iOS beta 13.1 kepada pembangun yang berdaftar dengan Apple.

Masalah iOS 13

Kebanyakkan pengguna iPhone mendakwa mereka berdepan dengan isu pada iOS 13 selepas mengemas kini iPhone mereka kepada versi iOS terbaru itu.

Antara isu yang dilaporkan adalah isu kecacatan keselamatan pada iPhone, kehilangan data yang disalin ke dalam storan awan iCloud, aplikasi tidak bertindak balas, masalah membuang aplikasi dari peranti serta tetapan mod gelap dan cerah yang kerap berubah-ubah yang berlaku dengan sendirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here