hermitage

Video itu berjudul Hermitage.

Apple sebentar tadi telah berkongsikan sebuah video sinematik terbaru mereka berjudul Hermitage.

Apa yang menjadikan video itu menarik adalah Hermitage dirakam tanpa henti selama 5 jam 19 minit dan 28 saat menggunakan iPhone 11 Pro.

Malah video sinematik itu didakwa dirakam dari kapasiti bateri iPhone 11 Pro dari 100% hingga tinggal sebanyak 19%.

Jadi jelas di sini video ini ingin menunjukkan keuapyaan bateri iPhone tersebut yang mampu bertahan lama.

Video sinematik itu merakam Muzium St. Petersburg, Russia yang juga merupakan muzium terbesar di dunia.

Sebanyak 45 galeri yang melibatkan 588 karya agung berjaya dirakam dalam tempoh penggambaran itu.

Selain merakam keindahan muzium dan karya-karya di dalamnya, ia juga turut mengandungi persembahan langsung yang dibuat di dalam muzium itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here