Perincian prestasi, konfigurasi dan spesifikasi teknikal Mac Pro.

Apple hari ini telah menerbitkan kertas putih yang memperincikan lagi spesifikasi Mac Pro dan Pro Display XDR sebagai panduan.

Kertas putih ini diterbitkan selepas lebih 7 bulan 2 produk utama Apple ini diperkenalkan pada awal Jun 2019 lalu di persidangan Worldwide Developers Conference (WWDC 2019).

Dalam kertas putih tersebut diterangkan secara terperinci prestasi dan kemampuan komputer meja paling berkuasa yang pernah dihasilkan Apple ini.

Selain itu turut diterangkan adalah kesesuai perkakasan pihak ketiga untuk digunakan bersama Mac Pro, penerangan tentang reka bentuk produk dan spesifikasi yang ditawarkan untuk Mac Pro.

Jadi, amat sesuai bagi pengguna yang mahu mendapatkan panduan yang jelas tentang keperluan perkakasan yang diperlukan bagi Mac Pro mereka.

Selain itu, turut dimuatkan dalam kertas putih ini adalah perincian spesifikasi dan prestasi bagi paparan Pro Display XDR serta macOS Catalina bersama Mac Pro.

Mac Pro berharga dari RM25,999.00. Tetapi harga jualannya itu boleh mencecah lebih daripada RM236,000.00 (bergantung kepada spesifikasi yang ditetapkan).

Manakala Pro Display XDR pula berharga dari RM19,999.00. Bagi mendirikan paparan itu pula, pengguna perlu membeli aksesori Pro Stand secara berasingan yang berharga RM4,499.00.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here