Hanya melibatkan model MacBook Pro 13″ 2019 (2 Thunderbolt 3 ports) sahaja setakat ini.

Apple secara diam-diam mengesahkan berlakunya isu terhadap model MacBook Pro 13″ 2019 (2 Thunderbolt 3 ports) yang akan mati secara tiba-tiba.

Sebelum ini memang terdapat rungutan daripada sebahagian pengguna MacBook tersebut yang mendakwa komputer riba Apple mereka itu akan mati secara tiba-tiba walaupun kapasiti baterinya masih lagi berada pada tahap antara 25% hingga 50%.

Berikutan itu, Apple mewujudkan laman muka sokongan khas bagi memberikan panduan kepada pengguna yang terjejas dengan isu ini.

Berikut adalah panduan yang diberikan Apple sepertimana yang dinyatakan di laman tersebut:-

If your MacBook Pro (13-inch, 2019, Two Thunderbolt 3 ports) randomly turns off when it still has a charge, these steps might help:

  1. If your MacBook Pro’s battery is less than 90 percent charged, continue to step 2. If your battery is more than 90 percent charged, use your computer until the percentage drops below 90 percent, then continue to step 2.
  2. Connect your Mac to its power adapter.
  3. Quit all open applications.
  4. Close your computer’s lid, which puts your Mac in to sleep mode.
  5. Let your Mac charge for at least 8 hours.
  6. After 8 hours, update to the latest version of macOS.

Jika langkah di atas masih tidak menyelesaikan isu MacBook Pro anda itu mati secara tiba-tiba, walaupun selepas mengemas kini macOS kepada versi terkini, anda perlu menghubungi Apple bagi mendapatkan bantuan teknikal.

MacBook Pro 13″, 2019, (Two Thunderbolt 3 ports) adalah model terkini yang baru sahaja diperkenalkan Apple pada Julai 2019 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here