Security and Privacy

Hampir seminggu lalu, seorang penyelidik keselamatan dari Jerman telah mendakwa bahawa Apple mengintip pengguna komputer Macintosh menerusi aplikasi.

Penyelidik bernama Jeffrey Paul itu mendakwa, ciri keselamatan macOS iaitu Gatekeeper selain mengesahkan aplikasi yang dijalankan adalah dari pembangun sah yang mendaftar dengan Apple didapati turut menghantar beberapa data privasi lain yang tidak sepatutnya ke pelayan Apple di Cupertino.

This means that Apple knows when you’re at home. When you’re at work. What apps you open there, and how often.” Jeffrey Paul.

Dakwaan tersebut dibuat beliau dalam penulisan blognya yang bertajuk “Your Computer Isn’t Yours.

Respon terhadap dakwaan itu, Apple menegaskan bahawa ciri Gatekeeper dalam macOS hanyalah menyemak sesebuah aplikasi yang dijalankan di dalam Macintosh sama ada ia sah ataupun tidak.

We have never combined data from these checks with information about Apple users or their devices. We do not use data from these checks to learn what individual users are launching or running on their devices. These security checks have never included the user’s Apple ID or the identity of their device.” Apple.

Selain itu, Apple juga memaklumkan bahawa pada masa akan datang mereka akan memastikan kesemua pengesahan pembangun mereka yang disemak oleh Gatekeeper akan disulitkan (encrypted).

Gatekeeper adalah salah satu daripada beberapa ciri keselamatan terbina dalam yang tersedia ada di dalam macOS. Ia diperkenalkan secara rasmi menerusi sistem Mac OS X 10.8 Mountain Lion.

Ia adalah ciri yang direka bagi memastikan hanya aplikasi yang sah sahaja dibenar dijalankan dalam macOS. Sekaligus pengguna Mac akan lebih yakin sesebuah aplikasi itu tidak mengandungi perisian hasad di dalamnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here