MacBook Pro Touch Bar

Ya! Prestasi Mac anda akan menjadi perlahan ‘hanya’ apabila anda mematikan fungsi hyper-threading cip Intel Mac tersebut.

Pada kemas kini yang baru dilepaskan Apple semalam untuk macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra dan High Sierra, telah timbul spekulasi yang mengatakan bahawa kemas kini tersebut akan memperlahankan Mac pengguna selepas ia dipasang dengan kemaskini terbaru itu.

Dakwaan tersebut timbul kerana dalam kemas kini itu terkandungnya ciri yang dikata mematikan fungsi hyper-threading pada cip pemprosesan Intel di dalam Mac bagi menghalang serangan yang disebabkan oleh pepijat ZombieLoad.

Pepijat ZombieLoad

Isu pepijat ZombieLoad pertama kali didedahkan oleh penganalisis keselamatan Zac Whittaker yang menunjukkan konsep bagaimana kelemahan ini membolehkan penyerang untuk melihat laman sesawang yang dilayari pengguna pada masa nyata dengan mengeksploitasi kelemahan ciri keselamatan cip pemprosesan Intel.

Pepijat ZombieLoad adalah kelemahan ciri keselamatan pada Cip Intel yang membolehkan kod berniat jahat untuk melihat data yang dimiliki oleh aplikasi lain menerusi cip pemprosesan Intel.

Didakwa, hampir semua komputer dengan cip Intel dari model 2011 dan mungkin model-model lebih terdahulu telah turut terdedah dengan isu keselamatan ini, termasuklah komputer Apple Macintosh.

Jadi, kemaskini terbaru bagi macOS yang dilepaskan semalam oleh Apple adalah bagi menangani serangan ZombieLoad ini.

Microarchitectural Data Sampling (MDS)

Isu pepijat yang dipanggil sebagai ZombieLoad ini, pihak Intel mengenalinya sebagai masalah Microarchitectural Data Sampling atau singkatannya MDS.

Apple menyatakan, bagi mereka yang merasakan komputer Mac mereka sebagai berisiko tinggi untuk diserang atau pemilik ada menggunakan aplikasi yang tidak rasmi dari Apple, mereka boleh memilih untuk mengaktifkan ciri yang dapat mematikan fungsi hyper-threading pada cip intel di dalam Mac mereka.

Ia adalah ciri pilihan yang diberikan Apple kepada pengguna Mac bagi menghalang aplikasi berbahaya daripada mengekploitasi kelemahan yang ada pada cip Intel tersebut (merujuk kembali pada MDS) .

Ciri tersebut baru saja diperkenalkan Apple menerusi kemas kini terbaru untuk macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003).

Walaubagaimanapun, ciri bagi mematikan fungsi hyper-threading ini hanya boleh dibuat pada versi macOS Mojave, High Sierra dan Sierra sahaja serta kesannya adalah ia benar-benar akan mengurangkan prestasi Mac anda sehingga 40% dari kapasiti prestasi sebenarnya.

Apple menjelaskan berkenaan kesan mematikan fungsi hyper-threading tersebut begini,

The full mitigation, which includes disabling hyper-threading, prevents information leakage across threads and when transitioning between kernel and user space, which is associated with the MDS vulnerabilities for both local and remote (web) attacks.

Testing conducted by Apple in May 2019 showed as much as a 40 percent reduction in performance with tests that include multithreaded workloads and public benchmarks. Performance tests are conducted using specific Mac computers. Actual results will vary based on model, configuration, usage, and other factors.”

Bermakna, dakwaan yang mengatakan bahawa kemas kini tersebut akan memperlahankan Mac kerana ia mematikan fungsi hyper-threading cip Intel pula adalah tidak benar sama sekali.

Hanya apabila pengguna mematikan fungsi hyper-threading secara manual sahaja barulah prestasi Mac tersebut akan dikurangkan.

Cara mematikan hyper-threading cip Intel Mac

Jadi, sekiranya anda ingin mematikan fungsi hyper-threading Intel, anda perlu hidupkan Mac anda dan masuk ke dalam mod macOS Recovery dan masukkan arahan ke dalam aplikasi Terminal.

Berikut adalah langkah-langkahnya:-

  1. Hidupkan Mac dan segera tekan butang Command (⌘)+R sehingga Mac tersebut masuk ke mod macOS Recovery.
  2. Pada bahagian Menu Bar, buka tab Utilities dan pilih Terminal

3. Kemudian, masukkan 2 arahan berikut, satu persatu.

nvram boot-args="cwae=2"

Tekan butang Return

nvram SMTDisable=%01

4.Pilih Restart dari Menu Bar Apple . Selesai.

Cara mengaktifkan semula hyper-threading cip Intel Mac

Untuk mengaktifkan semula fungsi hyper-threading cip Intel Mac tersebut, anda hanya perlu reset semula NVRAM dan restart Mac tersebut.

Cara semak status hyper-threading cip Intel Mac

Anda boleh menyemak sendiri status hyper-threading cip Intel Mac anda sama ada aktif ataupun tidak.

hyper-threading cip Intel Mac
Apple > About This Mac > klik pada butang System Report > Hardware. Jika Mac anda menyokong ciri hyper-threading, maklumat di atas akan diapaparkan.

Kesimpulan

Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, isu pepijat ZombieLoad atau juga dipanggil sebagai Microarchitectural Data Sampling (MDS) pada cip Intel, telah pun ditangani oleh Intel dan Apple menerusi kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003).

Dakwaan yang mengatakan bahawa kemas kini tersebut akan memperlahankan prestasi Mac anda pula adalah tidak benar sama sekali.

Kecuali anda mematikan fungsi hyper-threading cip Intel Mac tersebut secara manual sahaja, barulah Mac tersebut akan menjadi perlahan prestasinya sehingga 40%.

Selain itu, Apple juga turut memaklumkan bahawa, kemas kini terbaru yang dilepaskan semalam tidak dapat diaplikasikan pada semua model Mac.

Menurut Apple, ia kerana disebabkan oleh ketiadaan kemas kini kod mikro dari Intel untuk cip-cip pemprosesan bagi model-model Mac terdahulu.

Berikut adalah model-model Mac yang tidak menyokong sepenuhnya kandungan kemas kini terbaru macOS Mojave (10.14.5) dan kemas kini keselamatan bagi macOS Sierra (2019-003) dan High Sierra (2019-003).

  • MacBook (13″, lewat 2009)
  • MacBook (13″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Air (13″, lewat 2010)
  • MacBook Air (11″, lewat 2010)
  • MacBook Pro (17″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Pro (15″, Pertengahan 2010)
  • MacBook Pro (13″, Pertengahan 2010)
  • iMac (21.5″, lewat 2009)
  • iMac (27″, lewat 2009)
  • iMac (21.5″, Pertengahan 2010)
  • iMac (27″, Pertengahan 2010)
  • Mac mini (Pertengahan 2010)
  • Mac Pro (lewat 2010)

Ini bermakna, kemas kini yang dilepaskan Apple bagi menangani isu pepijat ZombieLoad / MDS tidak dapat ditangani pada model-model Mac ini.

Juga, ciri bagi mematikan fungsi hyper-threading cip Intel untuk Mac terbabit tidak boleh dilakukan oleh pemilik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here