Harga diskaun ini adalah bagi tempoh masa yang terhad sahaja.
Selepas Apple melancarkan MacBook Pro 2016 baru-baru ini, Apple Inc. telah menerima kritikan yang hebat daripada para pengguna Mac.
Ini kerana Apple seolah-olah memaksa pembeli MacBook Pro terbaru ini turut sama membeli aksesori tambahan untuk sambungan peranti Apple yang lain. MBP terbaru ini hanya dilengkapi dengan sambungan USB-C aka Thunderbolt 3 sahaja.
Jadi bagi meredakan kritikan tersebut, Apple telah mengambil keputusan dengan menurunkan harga aksesori USB-C dan Thunderbolt 3 antara 20% hingga 40%.
Namun begitu, harga diskaun jualan bagi aksesori ini mungkin hanya buat sementara waktu sahaja. Aksesori Apple yang telah dipotong harga adalah seperti berikut:-
Jadi kepada pengguna Mac yang menggunakan MacBook 12″ ataupun kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli MacBook Pro 2016, bolehlah beli kabel-kabel ni sementara tengah murah. Untuk senarai penuh aksesori Apple, sila ke laman web Mac Accesories.
Kredit foto: Apple














[…] ke USB-C. Ini telah menyebabkan Apple dikritik teruk oleh pengguna Mac dan memaksa mereka menurunkan harga aksesori tersebut bagi menjaga hati para pengguna Mac (Hanya sementara waktu […]
[…] telah dikritik teruk akibat daripada tindakan tersebut sehinggakan ia telah memaksa Apple menurunkan harga aksesori sambungan peranti yang dijual mereka tidak lama selepas MBP 2016 […]