apple aksesori
Harga diskaun ini adalah bagi tempoh masa yang terhad sahaja.

Selepas Apple melancarkan MacBook Pro 2016 baru-baru ini, Apple Inc. telah menerima kritikan yang hebat daripada para pengguna Mac.

Ini kerana Apple seolah-olah memaksa pembeli MacBook Pro terbaru ini turut sama membeli aksesori tambahan untuk sambungan peranti Apple yang lain. MBP terbaru ini hanya dilengkapi dengan sambungan USB-C aka Thunderbolt 3 sahaja.

Jadi bagi meredakan kritikan tersebut, Apple telah mengambil keputusan dengan menurunkan harga aksesori  USB-C dan Thunderbolt 3 antara 20% hingga 40%.

Namun begitu, harga diskaun jualan bagi aksesori ini mungkin hanya buat sementara waktu sahaja. Aksesori Apple yang telah dipotong harga adalah seperti berikut:-

usb-c_to_usb
USB-C to USB Adapter kini berharga RM49.00 *harga asal RM89
usb-c-digital-av-multiport-adapter
USB-C Digital AV Multiport Adapter kini berharga RM229.00 *harga asal RM349.
usb-c-vga-multiport-adapter
USB-C VGA Multiport Adapter kini berharga RM229.00 *harga asal RM349.
usb-c-charge-cable-2m
USB-C Charge Cable (2m) kini berharga RM89.00 *harga asal RM139.

Jadi kepada pengguna Mac yang menggunakan MacBook 12″ ataupun kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli MacBook Pro 2016, bolehlah beli kabel-kabel ni sementara tengah murah. Untuk senarai penuh aksesori Apple, sila ke laman web Mac Accesories.

Kredit foto: Apple

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here