Macbook Air retina 2018

Juga sedikit perubahan pada perkakasan Macbook Air 2019 dan Macbook Pro 13″.

Apple hari ini mengumumkan mereka menurunkan harga Macbook Air 2019 sebanyak RM550.

Jika sebelum ini harganya bermula dari RM5249.00, tetapi bermula dari hari ini, harga Macbook Air terbaru adalah berharga dari RM4699.00 sahaja.

Macbook Air 2018
Skrin Retina 13.3″ Macbook Air 2019 kini dilengkapi dengan teknologi True Tone.

Selain menurunkan harga MBA, Apple turut melengkapi teknologi True Tone pada paparan retina 13.3″ MBA. Sebelum ini hanya skrin bagi model Macbook Pro sahaja yang dilengkapi dengan teknologi tersebut.

Macbook Pro

Bagi model Macbook Pro pula, Apple tidak lagi menawarkan model Macbook Pro 13″ tanpa panel Touch Bar. Hanya model MBP dengan panel Touch Bar sahaja ditawarkan di laman Apple Store.

Tiada lagi model Macbook Pro 13″ tanpa Touch Bar.

Malah harga Macbook Pro 13″ juga diturunkan harganya. Jika sebelum ini harga permulaan bagi model MBP 13″ tanpa panel Touch Bar bermula dari RM5932.00, tetapi kini MBP 13″ dengan panel Touch Bar hanya berharga dari RM5499.00 sahaja.

Tidak setakat itu, cip grafik MBP 13″ turut dinaik taraf kepada Intel Iris Plus Graphics 645 serta kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 1.4GHz Quad Core generasi ke-8.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang mungkin masih ingin membeli model MBP 13″ tanpa Touch Bar, anda masih boleh membelinya di pusat jualan rasmi Apple di seluruh Malaysia, selagi stok masih ada.

Macbook

macbook rose gold
Macbook 12″ pertama kali diperkenalkan pada April 2015. Kali terakhir Apple mengemas kini perkakasannya adalah pada Jun 2017 dahulu.

Manakala bagi model Macbook pula, Apple tidak lagi menawarkan model tersebut di laman Apple Store. Tetapi ia mungkin masih ditawarkan di pusat jualan rasmi Apple di seluruh Malaysia, selagi stok masih ada (kalau ada pun, janganlah beli).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here