
App Store dipenuhi dengan emoji dan Apple menunjukkan sebahagian emoji terbaru yang akan datang di macOS, watchOS dan iOS.
Hari ini Apple meraikan Hari Emoji Sedunia dengan mengubah paparan di bahagian iTunes Movie di dalam App Store. Paparan pada bahagian tersebut ditukarkan kepada imej emoji bagi memberikan bayangan tajuk filem-filem yang terpilih.
Jadi kalau anda mahir dengan emoji, pasti anda akan dapat meneka tajuk-tajuk filem yang ditunjukkan dengan hanya menggunakan imej emoji sahaja.
Sempena Hari Emoji Sedunia ini juga, Apple turut menunjukkan beberapa rekaan emoji terbaru yang akan berada di macOS, watchOS dan iOS nanti.
Emoji-emoji terbaru ini akan berada di kesemua OS tersebut pada lewat tahun ini nanti. Emoji yang sedia ada sekarang ini pun kalau hendak diikutkan sudah beribu emoji.
Jadi rekaan emoji-emoji terbaru ini akan menambahkan lagi koleksi yang sedia ada. Pada mereka yang sering menggunakan emoji pasti ini akan memberikan mereka lebih banyak pilihan.
Antara emoji terbaru yang akan dimasukkan nanti adalah seperti Wanita Bertudung, Lelaki Berjambang dan Ibu yang sedang menyusukan bayi. Selain itu terdapat juga rekaan emoji terbaru untuk makanan seperti Sandwich dan Buah Kelapa.
Juga terdapat rekaan emoji terbaru untuk bahagian haiwan dan makhluk-makhluk mistik seperti T-Rex, Kuda Belang, Zombie dan Elf.

[…] tahun lepas, Apple meraikan Hari Emoji Sedunia pada hari ini. Sempena itu juga, Apple mengumumkan yang mereka akan memasukkan lebih daripada 70 […]