Apple mula menjual Kit Pembangunan Grafik Luaran untuk Mac
Kit Pembangunan Grafik Luaran membolehkan anda mengembangkan dan menguji aplikasi dan grafik secara intensif, termasuk penciptaan kandungan VR pada mana-mana Mac dengan sambungan Thunderbolt 3.

Apple kini mula menjual Kit Pembangunan Grafik Luaran untuk Mac kepada para pembangun aplikasi Mac. Kit pembangunan ini hanya boleh digunakan bersama macOS High Sierra yang untuk kali pertamanya mula menyokong pemprosesan grafik luaran bersama Mac.

Pembangunan terhadap aplikasi yang menggunakan Metal, OpenCL, dan  OpenGL kini akan dapat kelebihan peningkatan prestasi daripada penggunaan kad grafik luar tersebut.

Setiap pembelian kit pembangunan tersebut mengandungi  perkakasan kerangka luaran GPU dari Sonnet dengan bekalan kuasa 350W yang menggunakan sambungan Thunderbolt 3, kad grafik AMD Radeon RX 580 dengan kapasiti RAM 8GB dan USB-C ke hab 4-port USB-A dari jenama Belkin.

Kit Pembangunan Grafik Luaran ini hanya boleh digunakan bersama Mac yang dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) serta menggunakan sistem operasi  macOS High Sierra versi beta terkini.

Harga kit pembangunan ini adalah USD599. Tetapi sempena dengan minggu jualan siber yang bermula dari 20 november sehingga 27 November 2017 ini, Apple telah menurunkan harganya kepada USD499 sahaja.

Walaubagaimanapun, untuk membeli kit tersebut anda perlulah terlebih dulu mendaftar sebagai ahli Apple Developer Program dan Apple Developer Enterprise Program.

Sebagai tambahan, kit ini hanya boleh dibeli oleh para pembangun aplikasi berdaftar dengan program Apple dari negara Australia, Austria, Belgium, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jerman, Hong Kong, Ireland, Jepun, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Singapura, Sepanyol, Sweden, Switzerland, Amerika Syarikat, dan United Kingdom sahaja. Malaysia tidak ada.

Walaubagaimanapun, anda masih boleh membelinya menerusi laman web rasmi Sonnet jika berkenan. Kandungan pakej kit pembangunan dari Sonnet ini adalah seperti berikut:-

  • Kad grafik  dari Sapphire PULSE Radeon® RX 580 8GB
  • Kabel sepanjang 0.5-meter Thunderbolt 3
  • Antaramuka Thunderbolt 3 (satu port Thunderbolt 3 [USB-C])
  • Menyediakan komputer riba dengan kuasa pengecasan sehingga 60W
  • Kipas yang senyap bagi mengawal suhu
  • 1 Tahun jaminan.

Selain itu, kit pembangunan ini tidak boleh digunakan bersama Mac yang disenaraikan di bawah:-

  • Mac dengan kad grafik NVIDIA
  • Mac mini dengan kad grafik AMD HD 6630M
  • Mac Pro keluaran lewat 2013
  • MacBook Pro dengan kad grafik NVIDIA

Maklumat lanjut tentang Kit Pembangunan Grafik Luaran untuk Mac ini boleh di dapati di laman muka Sonnettech.

 

Sumber artikel: Apple dan Sonnet

 

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here