Apple-logo-1977 rob-janoff

Rekaan logo Apple berwarna pelangi itu direka oleh Rob Janoff.

Ura-ura mendakwa Apple akan membawa kembali warna logo ikonik mereka iaitu logo Apple dengan warna pelangi. Apple dikatakan mungkin akan membawa logo ini pada produk keluaran mereka pada tahun ini juga.

Rekaan logo serta warna pelangi tersebut pertama kali digunakan pada April 1977, yang direka oleh Rob Janoff. Sejak dari itu rekaan logo ikonik tersebut terus digunakan sehinggalah 1998 sebelum ia ditukar kepada penggunaan logo Apple yang berwarna hitam.

Antara produk terawal Apple yang pernah menggunakan rekaan logo pelangi tersebut termasuklah Apple II, Macintosh 128K, dan Macintosh SE.

MacINTOSH 128K

Kemudiannya Apple menggunakan pula rekaan logo Apple 3D dengan warna aqua. Seterusnya mengubahnya pula menggunakan warna monokrom dan kelabu yang digunakan sehinggalah ke hari ini.

Sumber: Mac Rumors

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here