Mungkin ____ kot.

Laman DigiTimes melaporkan, Apple mungkin sedang membangunkan satu lagi versi AirPods iaitu ‘AirPod Pro Lite’. Versi terbaru AirPods itu dijangka akan dilancarkan dalam beberapa bulan akan datang.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang perincian lain dikongsikan oleh laman DigiTimes.

Malah selain ‘AirPod Pro Lite’, DigiTimes juga ada menyebut barisan model terbaru bagi produk Apple yang lain termasuklah iPad, Apple Wtach dan iMac.

Apple, maintaining partnerships with supply chains in both Taiwan and China, may have its Taiwanese partners handle more production of new-generation ‌iPad‌, ‌Apple Watch‌, AirPod Pro Lite and ‌iMac‌ devices to be released later, as the epidemic has raised risks of raw materials supply shortages and shipments disruptions arising from uncertain resumption of normal operations at components suppliers and assembly plants in China, the sources said.” DigiTimes.

Sungguhpun DigiTimes biasa melaporkan khabar angin mereka tentang barisan produk-produk Apple, tetapi kebiasaannya laporan mereka itu tidak begitu tepat.

Mungkin AirPod Pro Lite yang dimaksudkan itu adalah merujuk kepada generasi ke-3 AirPods.

Lagi pun Apple baru sahaja perkenalkan AirPods generasi kedua pada Mac 2019 dan AirPods Pro pada Oktober 2019.

Sumber: MacRumors

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here