Sekadar berkongsi celoteh – Faris Hasani…

Apple ni, memang buat benda yang selalu tak masuk akal, tetapi kebanyakannya adalah sebab terlampau jauh ke depan mereka fikirkan sesuatu. 

Contohnya, Apple mempelopori buang Floppy Disk, buang RJ45, guna WiFi, guna USB, guna CD-ROM dan macam macam lagi yang agak mencabar pada para pengguna untuk berdepan benda baru. 

Bila Apple memperkenalkan iPhone, syarikat gergasi seperti Motorola, Nokia, Blackberry yang berbangga dengan keypaddan system propriety terutama fungsi messaging, akhirnya semua hilang dari dunia telekomunikasi. 

Walhal pada masa Apple lancar iPhone, mereka hanya mensasarkan penguasaan pasaran sebanyak 10% dari pasaran “smartphone” sahaja dan bukan keseluruhan pasaran “mobile phone“. 

Bila Apple melancarkan Apple Silicon M1 dalam model MacBook Air, MacBook Pro 13″ & Mac mini, semuanya datang dengan spesifikasi yang agak “cikai” berbanding jenama dan model lain. 

Tetapi yang menariknya, dengan spec M1 walaupun rendah tapi model-model ini masih setanding dengan model Mac dengan cip Intel yang lebih tinggi. 

Kalau dibandingkan dengan tricked up model atau Hackintosh, memang M1 tak setanding, tetapi itu semua tak penting untuk Apple. 

Dari segi price point, dari segi kualiti komputer dan warranty/support, mungkin kita tak akan dapat jumpa di pasaran mana-mana komputer yang memberi kuasa dan efisyensi yang setanding dengan harga serta spec yang sama. 

(Cari komputer lain dengan spesifikasi 8GB/256GB + integrated GPU dengan harga sama dengan M1. Atau bina hackintosh dengan menggunakan nilai kos yang sama.). 

Pada pendapat saya, Apple lancar komputer menggunakan M1 lebih untuk menarik pengguna baru komputer. 

Untuk mereka yang belum pernah ada komputer dan tak nak fikir macam mana nak tweak dan customise komputer supaya menjadi cukup efisyen untuk kegunaan harian. 

Pengguna yang guna word processing (Pages), presentation (Keynote), spreadsheet (Numbers), manage gambar (Photos), sunting video (iMovie), layar internet (Safari) dengan mantra “it just work“. 

Dan dengan kesediaan Big Sur untuk lancar aplikasi iPad & iPhone dari 2.2 juta app yang tersedia di App Store, dijangka puluhan ribu app akan jadi *M1 compatible* (app ini adalah lebih familiar kepada pengguna baru disebabkan pengenalan awal dari iPhone atau iPad). 

Apa-apa pun, Mac mini M1 + 16Gb/1TB nampak macam menarik 😜. 

(Celoteh untuk menjustifikasikan hasrat).

P/s: Artikel ini adalah sepenuhnya hasil penulisan dari Tuan Faris Hassani. AriffMac ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada beliau kerana sudi mengizinkan penulisan beliau ini diterbitkan dalam laman AriffMac.com. Pengarang kata, dia tengah mabuk tengok review online pasal M1, maafkan dia 😅.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here