apple-park-center
Jika inginkan pelbagai koleksi cenderamata original Apple, bolehlah ke Apple Park Visitor Center.

Apple Park Visitor Center hari ini secara rasminya telah dibuka di Cupertino pada pagi Jumaat. Ia kini dibuka dan menyambut jiran dan tetamu dari kawasan sekitarnya untuk merasai pengalaman di inovasi Apple Park.

Pusat Pelawat ini adalah lanjutan dari seni bina unik yang dirancang di kampus baru dengan estetika yang sama digunakan terhadap rekaan tangga, dinding batu dan lantai terazzo.

Pusat Pelawat ini juga menggunakan bumbung berserat karbon yang kelihatan seperti terapung dan hanya disokong oleh teras batu dan tidak ada lajur luaran lain untuk sokongannya.

Apple turut menjemput tetamu untuk meneroka Apple Park dengan cara yang menarik iaitu eksplorasi model 3D kampus Apple Park dengan menggunakan teknologi realiti yang diperkukuhkan (augmented reality).

Apple Park Visitor Center kini dibuka kepada orang ramai
Pengunjung boleh merasai pengalaman model 3-D Apple Park dengan teknologi A.R.

Dari situ, pengunjung boleh mengetahui lebih lanjut info tentang bangunan dengan pengudaraan semula jadi terbesar di dunia ini dan melihat salah satu pemasangan tenaga suria yang terbesar di dunia.

Penggunaan teknologi A.R itu juga membolehkan pengunjung mengangkat seluruh bumbung di luar bangunan untuk melihat ke dalam susun atur pod pejabat yang kolaboratif di Apple Park.

Para tetamu juga dialu-alukan untuk membuat perjalanan ke tingkat atas di teres bumbung untuk melihat pemandangan indah bangunan utama dan beberapa daripada 9,000 pokok asli yang tahan kemarau.

Apabila mereka kembali ke tingkat pertama, mereka dijemput pula untuk melawat kafe yang dikelilingi oleh pokok zaitun atau kedai dengan pelbagai produk Apple dan barangan jenama Apple dan Apple Park yang eksklusif.

Apple Park Visitor Center kini dibuka kepada orang ramai
Antara koleksi desain baju yang terdapat di Apple Park Visitor Center. Kredit foto: Mac Observer

Sumber artikel: Apple

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here