Dikemas kini – macOS Catalina dijangka akan tiba dalam bulan Oktober nanti. iOS 13 akan mula dilepaskan pada 20 September ini. Manakala iPadOS akan dilepaskan pada 1 Oktober.

Rangkuman acara istimewa Apple September 2019, “By innovation only.

Sebentar tadi telah berlangsungnya acara istimewa Apple, “By innovation only” di Dewan Teater Steve Jobs. Terdapat pelbagai pengenalan produk terbaru yang diperkenalkan Apple yang terdiri daripada perisian, perkakasan dan perkhidmatan.

Berikut adalah rangkumana acara tersebut yang bermula dengan Apple Store:-

Apple Arcade

  • Langganan Apple Arcade membolehkan pengguna memainkan permainan yang ditawarkan di Apple Arcade terus dari App Store.
  • Setiap bulan akan terdapat permainan baru ditawarkan di Apple Arcade
  • Antara firma pembangun permainan popular yang menawarkan permainan mereka di sini adalah Konami, Capcom dan Annapurna Interactive.
  • Apple Arcade akan mula dilancarkan pada 19 September ini. Harga langganan adalah USD4.99/bulan (Percubaan percuma sebulan).
Frogger in Toy Town
Konami mendemokan permainan mereka yang bertajuk “Frogger in Toy Town” yang akan ditawarkan di Apple Arcade.

Apple TV+

  • Rancangan Apple TV+ akan mula ditawarkan pada 1 November ini dan berharga USD4.99/bulan (langganan keluarga).
  • Setiap pembelian produk-produk Apple termasuklah iPhone, iPad, Mac, atau Apple TV, pengguna akan mendapat langganan Apple TV+ secara percuma selama setahun.

Apple TV+

iPad Generasi Ke-7

  • Apple perkenalkan model terbaru iPad generasi ke-7.
  • Dilengkapi paparan Retina bersaiz 10.2″, dikuasakan oleh cip A10 Fusion dan sistem operasi iPadOS yang menyokong pelbagai ciri terbaru menjadikan penggunaan iPad menjadi lebih mudah dan menarik.
  • iPad Gen-7 ini dihasilkan dari 100% bahan kitar semula buat pertama kalinya.
  • Berharga dari RM1,449.00.

Apple Watch Series 5

  • Apple mengumumkan 3 kajian terbaru untuk Health Research yang melibat ciri peranti Apple Watch iaitu Apple Hearing Study, Apple Women’s Health Study dan Apple Heart & Movement Study (hanya ditawarkan di A.S).
  • Apple perkenalkan Apple Watch Series 5.
  • Dilengkapi ciri terbaru skrin yang sentiasa terpapar dan paparan pada kadar cerahan rendah.
  • Skrin Retina baru – Low Temperature Polysilicon Oxide display. LTPO.
  • Bateri mampu bertahan sehingga 18 jam dengan paparan yang sentiasa menyala.
  • Berharga dari USD399 untuk Series 5 GPS, USD499 untuk model GPS + Cellular.
  • Apple Watch Series 5 ditawarkan dalam 3 model iaitu Titanium, Ceramic dan Stainless steel.

iPhone 11

  • Apple perkenalkan iPhone 11.
  • Dilengkapi paparan Liquid Retina bersaiz  6.1″.
  • Menyokong teknologi audio Dolby Atmos.
  • Ciri gambar mod malam ditambah baik.
  • Ciri rakaman video dipertingkatkan. Buat pertama kalinya, kamera hadapan iPhone 11 dilengkapi dengan kamera yang mampu merakam video 4K 60fps.

  • Dilengkapi cip pemprosesan A13 Bionic. Cip pemprosesan paling berkuasa berbanding model-model telefon pintar yang lain.

perbandingan prestasi iPhone 11

  • Bateri iPhone 11 kini bertahan 1jam lebih lama berbanding model iPhone XR.
  • iPhone 11 berharga dari RM3,399.00 dan akan mula ditawarkan bermula dari 27 September ini.

iPhone 11 Pro

  • iPhone 11 Pro (5.8″) dan iPhone 11 Pro Max (6.5″) diperkenalkan.
  • Didatangkan dalam 4 warna pilihan, Midnight Green, Space Grey, Silver dan Gold.
  • Dilengkapi dengan paparan yang dipanggil sebagai Super Retina XDR.

iPhone 11 Pro

  • Dikuasakan oleh cip A13 Bionic, 7nm yang mengandungi sebanyak 8.5 bilion transistor.
  • Bateri iPhone 11 Pro mampu bertahan 4 jam lebih lama dari model iPhone XS dan Phone 11 Pro Max mampu bertahan 5 jam lebih lama berbanding iPhone XS Max.
  • Didatangkan bersama penegcasan pantas 18watt.
  • Dilengkapi dengan 3 kamera utama.

kamera iPhone 11 Pro

  • Kamera iPhone 11 Pro akan dilengkapi dengan teknologi “Deep Fusion“.
  • Kamera ini mampu merakam video 4K 60fps XDR yang mengkagumkan.

  • Prestasi Face ID juga dipertingkatkan.

  • iPhone 11 Pro berharga dari RM4,899.00 dan iPhone 11 Pro Max berharga dari RM5,299 akan mula ditawarkan bermula dari 27 September ini.

Kesimpulan…

Tiada sebarang pengumuman berkaitan Macbook Pro terbaru, macOS Catalina…..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here