Apple perkenalkan iPhone 7, Airpods dan banyak lagi…
Apple perkenalkan iPhone 7 bersama deretan produk terbaru dan…macOS Sierra?
Sebentar tadi selesai sudah acara istimewa Apple yang telah memperkenalkan iPhone terbaru iaitu iPhone 7. Selain itu terdapat juga produk-produk lain turut diperkenalkan seperti aksesori dan aplikasi terbaru yang akan datang nanti.
Berikut adalah ringkasan kandungan daripada keseluruhan acara tersebut:-
Apple perkenalkan Apple Watch Series 2
- Original Apple Watch (gen 1) kini dikenali sebagai Apple Watch Series 1 dan menggunakan cip pemprosesan S2 yang dinaik taraf.
- Harga bermula USD269
- Apple Watch Series 2 pula dijual bermula pada harga USD369
- Apple Watch Nike+ juga dijual bermula pada harga USD369
- terdapat 4 pilihan warna untuk Apple Watch Nike+ dan Jenama Hermes dengan model terbaru untuk Apple Watch Series 2, Single Tour, Double Tour, Cuff, Double Buckle Cuff.
- Apple Watch Series 2 kini dilengkapi dengan GPS dan cip pemprosesan S2 yang lebih pantas.
- Pokemon Go akan boleh dimainkan di Apple Watch.
- Pra tempahan bermula 9 Sept. 2016
iPhone 7
- terdapat 10 ciri utama pada iPhone 7
- rekaan terbaru dengan pilihan warna terbaru glossy black color yang dikenali sebagai Jet Black.
- Butang Home dengan pelbagai fungsi tambahan seperti Messages, Notifications, dan Ringtones.
- kini iPhone 7 kalis air dan debu.
- kamera belakang dengan 12 megapiksel, lebih pantas dan jimat tenaga
- kamera depan pula dilengkapi dengan kamera 7 megapiksel
iPhone 7 Plus
- menggunakan kamera berkembar dengan 12 megapiksel
- iPhone 7 Plus kini menggunakan skrin Retina HD dengan 25% lebih cerah dan fungsi 3D Touch
- pembesar suara Stereo
- tiada lagi port 3.5mm headphone jack, sambungan earpods, head/earphone kini melalui Lightning port
- adapter sambungan Lightning to 3.5mm di datangkan sekali bersama iPhone 7
- iPhone 7 dan iPhone 7 Plus kini menggunakan cip pemprosesan A10 Fusion dan dikatakan ia 40% lebih pantas berbanding cip pemprosesan A9 yang digunakan di iPhone 6s
- bateri iPhone 7 dan iPhone 7 Plus juga mampu bertahan dengan lebih lama
- Apple Watch Series 2, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus bagi keluaran Jepun akan didatangkan dengan Teknologi Felica dari Sony
- Harga iPhone 7 bermula dari USD649 dengan pilihan storan dari 32GB hingga 256 GB
- iPhone 7 Plus pula bermula dari USD769 dengan pilihan storan dari 32GB hingga 256 GB
- terdapat 5 pilihan 5 iaitu Silver, Gold, Rose Gold, Black dan warna terbaru Jet Black.
- tempahan iPhone 7 dan iPhone 7 Plus boleh dibuat bermula 9 Sept 2016 (pasaran US) dan 16 Sept 2016 untuk pasaran antarabangsa.
Airpods headphones
- menggunakan sambungan tanpa wayar
- Airpods hanya akan memainkan lagu apabila ia diletakkan di telinga pendengar
- baterinya mampu bertahan sehingga 5 jam jika memainkan lagu tanpa henti dengan sekali cas.
- berharga USD159 dan akan berada di pasaran pada lewat bulan Oktober nanti.
Beats Solo 3 Wireless headphones dan Powerbeats3 Wireless headphones
- Pendengar boleh menggunakannya selama 40 jam masa mendengar dengan sekali cas.
Berita terbaru tentang macOS Sierra
- Menurut laman web rasmi macOS Sierra, sistem operasi terbaru Mac ini akan mula boleh digunakan sepenuhnya pada 20 September 2016 ini! 😀

Sesama, sebenarnya ada lagi tapi dah ngantok, jap lagi sambung balik hahahahha
Thanks abg ariff dgn ringkasan lengkap.. 🙂