Bye-bye 15″, hai-hai 16″…

Selepas hangat dengan khabar angin sejak Mac lalu, Apple akhirnya memperkenalkan secara rasminya model terbaru Macbook Pro 16″ kepada umum yang Apple nyatakan sebagai komputer riba profesional terbaik di dunia.

Apple nyatakan ia sebagai model komputer riba profesional kerana secara khusus Apple mensasarkan penggunanya adalah terdiri daripada pembangun perisian, jurugambar profesional, pembikin filem, ahli saintis, pemuzik profesional serta mereka yang mahukan perkakasan terbaik untuk tugasan harian mereka.

MBP terbaru ini dilengkapi skrin bersaiz 16″ dengan resolusi paparan 3072×1920 (226 ppi). Sekaligus menjadikannya model Macbook dengan paparan retina terbesar.

Kembalinya butang Esc

Selain saiz, Apple turut melengkapi rekaan papan kekunci terbaru “Magic Keyboard yang menggunakan rekaan gunting menggantikan rekaan papan kekunci bermasalah, butterfly.

Butang Esc. kini kembali.

Berharga dari RM10,499.00

Macbook Pro 16″ dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Gen-9, 2.6GHz 6 Teras, storan berkapasiti 512 GB, RAM 16GB dan grafik yang dikuasakan oleh 7nm AMD Radeon Pro 5300M dengan 4GB memori.

MBP 16″ dilengkapi dengan 6 pembesar suara dan menyokong kapastiti storan sehingga 8TB serta RAM 64GB.

MBP 16″ 2019 ini akan mula ditawarkan di pasaran A.S minggu ini dan pasaran seluruh dunia kemudiannya.

Info lanjut, layari laman Apple Malaysia.

P/s: Kemunculan Macbook Pro 16″ juga menyebabkan Apple menamatkan keluaran Model MBP 15″ sepenuhnya.

Apple turut mengumumkan tempahan bagi Mac Pro 2019 dan Pro Display XDR akan dibuka dalam bulan Disember nanti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here