MacBook Pro kini dilengkapi dengan Touch Bar, Touch ID dan banyak lagi….

Sebentar tadi baru sahaja selesai Apple Special Event iaitu acara khas Apple memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu tidak lain dan tidak bukan MacBook Pro.

NoteBook pertama yang diperkenalkan Apple iaitu PowerBook adalah pada 25 Oktober 1991. Jadi pada tahun ini ia merupakan sambutan ke 25 bagi komputer mudah alih Apple pada 25 Oktober 2016 yang lalu.

mbp13rd-tb-2016-spgry-orange_pr_00-0008-052-print
MacBook Pro terbaru kini dilengkapi dengan Touch Bar dan Touch ID.

Akhirnya seperti khabar angin yang bertiup kencang sebelum ini, Apple akhirnya mempertunjukkan MBP terbaru ini yang mempunyai fungsi butang terbaru yang dikenali sebagai “Touch Bar”.

Menurut Apple, Touch Bar menggantikan fungsi sistem yang biasa digunakan untuk fungsi-fungsi di MacBook Pro seperti menetapkan kecerahan atau kawalan pembesar suara Mac. Malah ia juga dapat digunakan dengan apa jua perisian yang anda gunakan seperti di perisian suntingan video FCPX, Adobe Photoshop dan banyak lagi.

Malah ia juga bakal menyokong aplikasi pihak ketiga seperti Microsoft Office, Davinci Resolve dan banyak lagi secara berperingkat. Terdapat pelbagai lagi fungsi terbaru yang boleh digunakan bersama Touch Bar (akan diperbincangkan satu persatu dengan lebih terperinci nanti).

demo-touch-bar
Demo Touch Bar bersama perisian Adobe Photoshop.

MacBook Pro terbaru ini di datangkan dengan 2 saiz pilihan iaitu 13” dan 15”. Tetapi terdapat 3 pilihan spesifikasi bagi MBP tersebut iaitu  MBP 13” tanpa Touch Bar & Touch ID, MBP 13” dengan Touch Bar & Touch ID dan MBP 15” dengan Touch Bar dan Touch ID.

Kini terdapat 2 pilihan warna bagi MBP terbaru ini untuk anda pilih iaitu warna Silver dan Space Gray. Apple menyatakan, MBP terbaru ini 17% lebih nipis berbanding MBP Retina sebelum ini dan ia menjadikan MBP ini jauh lebih ringan.

mbp-terbaru-apple
MacBook Pro terbaru ini turut dilengkapi dengan perkakasan terbaru yang lebih berkuasa.

Selain daripada kehadiran Touch Bar, MBP terbaru ini juga kini dilengkapi dengan Force Touch trackpad yang bersaiz 2 kali lebih besar, rekaan papan kunci terbaru, sambungan peranti ThunderBolt 3, dan fungsi Touch ID sepertimana yang terdapat di peranti iOS.

Kini, untuk log masuk ke Mac anda hanya perlu menggunakan cap jari anda yang secara automatik menjadikan MBP terbaru ini lebih selamat untuk privasi pengguna. Apple juga menyatakan bateri MacBook Pro ini juga dikatakan mampu bertahan sehingga 10 jam.

mbp-usb-c
Tiada lagi sambungan peranti USB 3.O dan slot kad SDXC. Hanya sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan headphone jack.

Jadi kesimpulannya, terdapat 3 pilihan MacBook Pro terbaru iaitu MBP 13” tanpa Touch Bar & Touch ID, MBP 13” dengan Touch Bar & Touch ID dan MBP 15” dengan Touch Bar.

MacBook Air 13″ secara rasminya digantikan dengan MBP 13″ tanpa Touch Bar & Touch ID (maksudnya tiada lagi MBA 13″).

Harga bagi MBP terbaru ini bermula dari USD1499 untuk MBP 13” tanpa Touch Bar & Touch ID, USD1799 bagi MBP 13” dengan Touch Bar & Touch ID dan USD2399 bagi MBP 15” dengan Touch Bar & Touch ID.

Untuk spesifikasi penuh dan perbandingan MacBook Pro terbaru dan yang lama, anda boleh ke laman web rasmi Apple di bahagian MacBook Pro.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here