Akhirnya Mac Pro 2019! yang sangatlah berkuasa dan sangatlah…

Sebentar tadi telah berlangsungnya acara tahunan Apple, Worldwide Developers Conference (WWDC 2019) di Pusat Konvensyen McEnery, San Jose, California.

Dalam acara itu, Apple telah perkenalkan beberapa produk utama terbaru mereka kepada para peserta WWDC yang terdiri daripada para pembangun perisian, pihak media serta para penonton yang menonton secara strim langsung acara tersebut.

Berikut adalah ringkasan daripada acara yang telah berlangsung tadi:-

tvOS 13

  • Kini dilengkapi ciri multi user
  • Apple Arcade kini menyokong peranti kawalan Xbox One dan PlayStation DualShock 4
  • Memaparkan screensavers terbaru bawah laut hasil usaha sama BBC Natural History bagi menangkap futej video 4K HDR.

watchOS 6

  • Lebih pelbagai pilihan paparan untuk peranti Apple Watch
  • Juga lebih banyak aplikasi akan hadir pada peranti Apple Watch seperti Audiobook Voice Memos, Calculator dan banyak lagi.
  • Appl Store bakal hadir di Apple Watch yang membolehkan pengguna memuat turun dan memasang aplikasi terus ke dalam peranti tersebut.
  • Dimuatkan dengan ciri terbaru health and fitness seperti Cycle Tracking.
  • Lebih banyak konfigurasi yang boleh ditetapkan pada antaramuka Apple Watch bagi disesuaikan mengikut tetapan penggunanya.
  • Lebih banyak ciri yang akan disokong oleh Apple Watch.
  • Berikut adalah senarai model peranti Apple Watch yang menyokong watchOS 6:-
  • Apple Watch Series 1
  • Apple Watch Series 2
  • Apple Watch Series 3
  • Apple Watch Series 4

iOS 13

iOS13

  • iOS 12 telah digunakan oleh 85% pengguna peranti iOS berbanding Android terbaru yang hanya digunakan oleh 10 peratus peranti Android.
  • Face ID 30% lebih pantas
  • Fail muat turun dan kemaskini akan lebih 60% lebih kecil
  • Aplikasi 2x lebih lancar diaktifkan
  • DARK MODE! merata-rata. Notifikasi, widget, kalendar, nota dan lain-lain aplikasi iOS kini menyokong mod gelap.
  • Ciri terbaru menaip di papan kekunci iOS dipanggil “QuickPath Keyboard
  • Aplikasi Maps dikemaskini dengan ciri Favorites dan Collections, butang binocular yang membolehkan pengguna mengaktifkan ciri seperti Google Street View.
  • Ciri terbaru log masuk yang lebih privasi dengan ‘Sign in with Apple’
  • Messages kini dengan ciri pelbagai tetapan aksesori untuk Memoji dengan adanya Memoji Stickers. (Hanye menyokong bagi peranti iOS yang dilengkapi dengan cip Apple A9 dan ke atas)
  • Ciri suntingan untuk foto seperti memasukkan efek kini turut boleh digunakan pada video.
  • Ciri terbaru yang lebih menarik untuk layari foto dan video diperanti iOS.
  • Peranti AirPods menerusi SIRI boleh membacakan mesej yang diterima secara automatik di aplikasi Messages atau aplikasi pihak ketiga yang menggunakan SiriKit dan pengguna boleh segera respon.
  • iOS 13 disokong oleh iPhone 6s dan terbaru.
  • Berikut adalah senarai penuhnya peranti yang menyokong iOS 13:-
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone 7
  • iPhone 7 Plus
  • iPhone 6s
  • iPhone 6s Plus
  • iPhone SE
  • iPod touch (7th generation)

iPadOS

  • iPad kini dikuasakan oleh sistem operasinya sendiri yang dipanggil iPadOS.
  • Menyokong storan USB dan kad SD
  • Dilengkapi ciri Download Manager
iPadOS
Antaramuka iPadOS.
  • Aplikasi pelayar Safari di iPad kini lebih berkuasa
  • Font di iPad kini boleh dikustomasi yang boleh dimuat turun dari App Store
  • Copy dan Paste atau undo dengan menggunakan tiga jari
  • Apple Pencil dioptimasikan bersama iPadOS
  • Paparan mod Keyboard yang lebih kecil dan boleh digerakkan ke kanan.
  • Berikut adalah senarai penuh peranti yang menyokong iPadOS:-
  • 12.9-inch iPad Pro
  • 11-inch iPad Pro
  • 10.5-inch iPad Pro
  • 9.7-inch iPad Pro
  • iPad (6th generation)
  • iPad (5th generation)
  • iPad mini (5th generation)
  • iPad mini 4
  • iPad Air (3rd generation)
  • iPad Air 2

Mac Pro!

  • Cip pemrposesan terbaru yang menyokong sehingga 28 Core Intel Xeon
  • 8 Slot PCIe
  • 2x sambungan 10Gb ethernet.
  • menyokong 2x kad grafik Radeon Pro Vega II
  • Dilengkapi roda yang memudahkan Mac Pro bergerak.
  • Mampu menyokong sehingga 6 paparan 6K.
  • Mac Pro 2019 berharga dari USD5,999.00 bagi spesifikasi 8-core Xeon, 32GB memory, Radeo Pro 580X, 256GB SSD.

Apple Pro Display XDR

  • Bersaiz 32″ LCD, 6K Retina display (6016×3384), 20 million pixels.
  • 1000nits
  • 1,000,000:1 contrast ratio
  • Menyokong mod Potrait
  • Apple menyatakan ia sebagai “The world’s best pro display
  • Pro Display XDR Berharga USD4,999.
  • Bagi versi Nano-texture berharga $5,999.
  • Adapter Pro Stand berharga USD999 dan VESA Mount berharga USD199 dijual berasingan.

macOS 10.15 Catalina

  • macOS 10.15 rasminya dinamakan Catalina
  • iTunes dipecahkan kepada 3 aplikasi iaitu Apple Music, Apple Podcasts, Apple TV.
  • Ciri terbaru “Sidecar” membolehkan iPad digunakan sebagai paparan kedua untuk Mac secara sambungan tanpa wayar.
  • Boleh menggunakan Apple Pencil sebagai peranti input untuk Mac.
  • Ciri terbaru Activation Lock sepertimana iPhone dan iPad bagi Mac yang dilengkapi dengan cip Apple T2.
  • Ciri “Find My” di Mac kini digabungkan bersama Find My iPhone dan Find My Friends. Juga boleh mengesan lokasi peranti Apple secara offline.
  • Project Catalyst membolehkan pembangun membangunkan aplikasi berdasarkan aplikasi yang sedia ada pada iPad. Sekaligus bakal membawakan sebahagian aplikasi iPad ke dalam Mac.
Project Catalyst
Pelbagai ciri terbaru di macOS Catalina.

Versi beta pembangun macOS, iOS dan iPadOS sudah boleh dimuat turun hari ini. Bagi versi pengguna awam pula akan boleh dimuat turun dalam bulan Julai nanti.

Berikut adalah senarai komputer Apple Macintosh yang menyokong macOS Catalina.

Info lanjut sila layari https://www.apple.com/macos/catalina-preview/.

Info lanjut bakal menyusul.

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here