Tim Cook

Dikemaskini pada 9.40 a.m 31 Oktober 2018 – Apple telah menarik balik kemaskini watchOS 5.1 setelah didapati ia menyebabkan peranti Apple Watch tergendala.

Dikemaskini pada 1.40 a.m 31 Oktober 2018 – Apple telah melepaskan kemaskini terbaru bagi macOS Mojave v10.14.1, kemaskini keselamatan bagi pengguna macOS Sierra 10.12.6 (Security Update 2018-005) dan macOS High Sierra 10.13.6 (Security Update 2018-001), tvOS 12.1, iOS 12.1 dan watchOS 5.1

Dikemaskini pada 11.50 p.m 30 Oktober 2018 – Apple turut mengumumkan dalam media rasminya hari ini bahawa model Macbook Pro 2018 akan dinaik taraf kad grafiknya kepada Radeon Pro Vega bulan hadapan. Apple mendakwa kad grafik terbaru ini akan memberikan prestasi sehingga 60% lebih pantas.

Juga aksesori terbaru Apple Pencil 2 dan persembahan nyanyian dari artis Lana Del Rey.

Sebentar tadi telah tamatnya acara istimewa Apple “There’s more in the making” di mana mereka telah memperkenalkan beberapa barisan produk utama mereka.

Antara yang menjadi perhatian dalam acara yang berlangsung selama hampir 2 jam itu tadi adalah terhadp iPad Pro 2018 dan model Macbook terbaru. Selain itu Apple turut perkenalkan barisan aksesori terbaru mereka.

Tidak seperti acara sebelum ini yang berlangsung di Dewan Teater Steve Jobs, Cupertino, California. Kali Apple memilih untuk mengadakan acara istimewa mereka di Brooklyn Academy Of Music, Howard Gilman Opera House, Brooklyn, New York.

Berikut adalah rangkuman daripada acara yang telah berlangsung sebentar tadi:-

Macbook Air

Macbook Air 2018
3 warna pilihan Macbook Air 2018, Gold, Silver dan Space Gray.
  • Macbook Air kini dengan paparan 13.3″ retina
  • Desain bingkai skrin kini lebih nipis dan berwarna hitam sepertimana Macbook Pro menjadikannya 17% lebih kecil dari rekaan model MBA terdahulu dan hanya seberat 2.75 pound sahaja.
  • Turut dilengkapi ciri keselamatan Touch ID dengan adanya cip Apple T2
  • Menggunakan desain papan kekunci Butterfly generasi ke 3
  • Dilengkapi 2x sambungan Thunderbolt 3/USB C dan dikuasakan dari cip pemprosesan generasi ke 8 Intel Dual-Core i5 serta menyokong kapasiti RAM sehingga 16GB 2133MHz memory.
  • 100% menggunakan bahan aluminium kitar semula.
  • Spesifikasi teknikal perkakasan bermula dari cip pemprosesan 1.6GHz Intel Dual-Core i5, storan bersaiz 128GB  dan kapasiti RAM dari 8GB
  • Harga bermula dari USD1199 (RM5249.00)

Mac mini

Mac mini 2018

  • Prestasi cip pemprosesan generasi ke 8 Intel bermula dari 4 Core hingga 6 Core
  • menyokong kapasiti RAM sehingga 64GB
  • Kini dilengkapi storan standad SSD dan cip Apple T2
  • Gigabit ethernet,4 sambungan Thunderbolt 3/USB C port, HDMI, dan 2x sambungan USB-A
  • Spesifikasi teknikal perkakasan bermula dari 8GB RAM, cip pemprosesan quad-core i3 3.6GHz dan storan SSD bersaiz 128GB
  • Harga bermula dari USD799 (RM3449.00)

iPad Pro 11″ dan 12.9″

iPad Pro 2018

  • Skrin iPad Pro 10.5 kini bersaiz 11″ dan menggunakan teknologi yang sama sepertimana iPhone XR, Liquid Retina.
  • iPad Pro 12.9″ pula masih dikekalkan saiz skrin tetapi bersaiz lebih kecil fizikalnya serta lebih ringan
  • Dilengkapi dengan ciri Face ID
  • Tiada lagi butang Home dan sambungan fon kepala 3.5mm
  • Mengandungi sebanyak 102 magnet bagi membolehkan ia dilekatkan bersama aksesori terbaru Folio dan Apple Pencil 2
  • Dikuasakan oleh cip pemprosesan A12X Bionic
  • Pilihan saiz storan dari 64GB hingga 1TB
  • Kini menggunakan sambungan USB-C yang boleh disambungkan kepada skrin paparan 5K
  • Harga iPad Pro 11″ berharga dari USD799 (RM3499.00). Manakala iPad Pro 12.9″ pula berharga dari USD999 (RM4349.00)

Apple Pencil 2

Apple pencil 2

  • Boleh dilekatkan bersama iPad Pro
  • Menyokong ciri pengecasan tanpa wayar yang berjalan secara automatik.
  • Berharga RM549.00
  • Selain itu Apple turut perkenalkan aksesori Smart Keyboard Folio untuk iPad Pro terbaru ini.
Smart Keyboard Folio
Aksesori terbaru Apple Smart Keyboard Folio berharga RM769.00 bagi iPad Pro 11″ dan RM869.00 bagi iPad Pro 12.9″.

Lain-lain…

Selain daripada produk-produk utama tersebut, beberapa perkara lain turut dihebahkan antaranya adalah aplikasi AutoCAD dan Adobe Photoshop yang bakal hadir ke App Store pada tahun 2019 nanti.

Photoshop untuk iPad
Demo aplikasi Photoshop bersama iPad Pro dan Apple Pencil 2.

Acara yang berlangsung selama hampir dua jam ini turut dihiburkan oleh persembahan nyanyian artis Lana Del Rey sebagai penutup acara tersebut.

 

P/s: Kesemua produk-produk terbaru ini sudah boleh ditempah dari laman web rasmi Apple Malaysia.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here