saman

Susulan itu Apple sekali lagi disaman.

Seperti biasa, Apple disaman…lagi. Cuma kali ini isunya lebih berat kerana ia melibatkan kehilangan nyawa.

Anak perempuan mangsa yang bernama Julia Ireland Meo telah memfailkan saman terhadap Appel Inc. dengan mendakwa iPad telah menjadi punca kepada berlakunya kebakaran yang sehingga mengorbankan nyawa ayah mereka, Bradley Ireland.

Kejadian tersebut didakwa telah berlaku pada 22 Februari 2017 dahulu.

Dalam pemfailan saman tersebut plaintif mendakwa, kebakaran tersebut dikatakan berpunca daripada iPad yang berada di dapur ketika itu.

Secara khusus, kecacatan rekaan pek bateri iPad tersebut dituduh sebagai punca kebakaran dengan menyebabkan kecederaan serius sehingga membunuh bapa plaintif.

Oleh itu palintif menerusi saman yang difailkan itu mahu mendapatkan pembelaan terhadap kematian bapa mereka yang berpunca daripada produk Apple tersebut.

Sumber artikel: AppleWorld.Today

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here