Kini laman web Apple Support lebih mesra pengguna.

Apple Inc. telah melakukan perubahan untuk bahagian pengguna di laman web Apple Apple Support. Jika dahulu seksyen laman web Apple Support  agak mengelirukan, kini ariffmac dapati ia lebih mudah dilayari dan mudah untuk difahami oleh pengguna. Seksyen Apple Support kini terdapat bahagian-bahagian khas untuk pengguna menghubungi Apple bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh produk Apple mereka.

Bahagian-bahagian utama di Apple Support

Kini terdapat 7 bahagian utama di Apple Support yang mengkhususkan kepada permasalahan utama pengguna iaitu sudut Search Support, Select a product, Popular topics, Apple Support Communities, Warranty and Repair, Contact Apple Support dan Exchange and Repair Extension Programs.

apple support2

Apple juga turut meletakkan nombor telefon Apple Support dari seluruh dunia. Anda hanya perlu klik pada butang Contact Support dan pilih bahagian Apple worldwide phone numbers. Di sini anda boleh pilih 6 bahagian dunia yang terdapat perkhidmatan Apple Support untuk pengguna hubungi.

apple support3

Contohnya, jika anda memilih bahagian Asia Pasifik, Apple menyenaraikan nombor telefon Apple Support mengikut negara-negara di bahagian tersebut.

apple support4
Pastikan anda hubungi nombor telefon di negara anda sedang berada.

Walaubagaimanapun, ariffmac ingin nasihatkan kepada anda yang ingin mendapatkan khidmat Apple Support. Walaupun anda boleh menghubungi terus nombor telefon tersebut, adalah lebih baik anda menggunakan prosedur yang lebih tersusun yang disediakan oleh Apple (jangan lah main terjah je terus telefon operator Apple). Ini kerana keutamaan akan diberikan kepada pengguna yang mendaftar masuk terlebih dahulu supaya Apple Support dapat mengetahui lebih awal permasalahan yang anda hadapi berdasarkan nombor rujukan Case ID pengguna yang berdaftar.

apple support5

Contoh cara bagaimana untuk mendaftar di Apple Support boleh lah anda rujuk di sini. Selamat Hari Pekerja  😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here