Avira Phantom VPN
Aplikasi VPN terbaru dari Avira.

Sebelum ini ariffmac telah menulis tentang beberapa aplikasi VPN untuk privasi anda sewaktu melayari internet. Antaranya adalah seperti pelayar web TOR. Terdapat juga apps seperti Betternet dan Opera VPN tapi buat masa ini ia hanya untuk platfom iOS, Android dan Windows sahaja. Kini terdapat apps dari Avira yang dikenali sebagai Phantom VPN yang berfungsi sebagai pelindung privasi anda sewaktu layari internet. Istimewanya apps ini adalah ianya percuma dan mampu digunakan atas platfom iOS, macOS, Windows dan Android.

Walaubagaimanapun…

Namun begitu, yang tak bestnya adalah terdapat had penggunaan data apabila anda menggunakan apps Avira Phantom VPN ini (sebab percuma). Maksimum data bagi pengguna percuma apps ini adalah 500Mb sahaja (bagi setiap bulan). Tapi anda boleh menambahnya kepada 1GB dengan mendaftar sebagai pengguna aplikasi Avira (kalau nak unlimited data, anda perlu bayar RM 178.00 setahun). Untuk mendaftar anda hanya perlu ke laman web avira.com.

Avira Phantom VPN
Klik pada ikon seperti rajah di atas.

Kemudian isikan maklumat ringkas pada kotak dialog yang diberikan.

Avira Phantom VPN

Selepas anda selesai mengisi maklumat anda, kini anda sudah mendaftar dengan Avira. Sekarang anda hanya perlu muat turun aplikasi Avira Phantom VPN di sini.

Avira Phantom VPN

Selepas selesai muat turun apps tersebut yang bersaiz 54Mb dan install, anda boleh terus menggunakannya.

Cara penggunaan 

Sebaik sahaja anda mengaktifkan apps Phantom VPN, anda boleh terus saja klik pada butang Secure My Connection.

Avira Phantom VPN

Ataupun anda boleh ke bahagian Setting dan pilih lokasi dari negara mana yang anda sedang layari internet (maksudnya anda sedang bersembunyi dari negara asal anda).

Avira Phantom VPN
Terdapat banyak negara yang boleh anda pilih.

Selamat mencuba  😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here