MacINTOSH 128K

Buah epal, jenis epal dan peladang buah. 

Apple Inc. secara rasminya ditubuhkan pada 1 April 1976. Pada asalnya nama syarikat yang ditubuhkan Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne ini adalah Apple Computer Company.

Sementara komputer Apple Macintosh yang pertama pula hanya hadir pada 24 Januari 1984 menerusi Macintosh 128K.

Tetapi, tahukah anda mengapa Steve Jobs menggunakan nama buah epal sebagai nama syarikat mereka? Juga dari manakah datangnya nama Macintosh?

Steve Jobs with Macintosh 128K
Steve Jobs bersama komputer Apple Macintosh pertama, Macintosh 128K.

Kenapa Apple?

Menurut buku biografi Steve Jobs yang ditulis oleh Walter Isaacson mendedahkan, Steve Jobs ketika sedang dalam diet buah kegemarannya iaitu epal telah melawat sebuah ladang epal.

Sebaik sahaja balik dari ladang tersebut, beliau merasakan nama buah itu sebagai menyeronokkan, bersemangat dan tidak menakutkan.

Lalu nama buah itu telah menjadi pencetus idea kepada Steve Jobs dan turut  dipersetujui oleh rakannya iaitu Steve Woniak untuk menamakan syarikat mereka sebagai Apple Computer.

“It was a couple of weeks later when we came up with a name for the partnership. I remember I was driving Steve Jobs back from the airport along Highway 85. Steve was coming back from a visit to Oregon to a place he called an “apple orchard.” It was actually some kind of commune. Steve suggested a name – Apple Computer. The first comment out of my mouth was, “What about Apple Records?” This was (and still is) the Beatles-owned record label. We both tried to come up with technical-sounding names that were better, but we couldn’t think of any good ones. Apple was so much better, better than any other name we could think of.” SumberiWoz: Computer Geek to Cult Icon: How I Invented the Personal Computer, Co-Founded Apple, and Had Fun Doing It.

Tetapi, ia tidak bermakna Steve Jobs dan Steve Wozniak tidak mencuba menamakan nama syarikat mereka dengan nama yang lain.

Di dalam buku berjudul Apple Confidential 2.0: The Definitive History of the World’s Most Colorful Company ada menyatakan bahawa 2 tokoh ini cuba menamakan nama syarikat mereka kepada beberapa nama lain seperti Executex dan Matrix Electronics.

Walaubagaimanapun, mereka berdua tidak menyukainya sepertimana nama Apple Computer.

After trying to think of better and more technical names, both Jobs and I realized that Apple was a good fit,Steve Wozniak menjelaskannya dalam temu bual beliau bersama wartawan MIT pada tahun 2006.

Tetapi berikutan penggunaan perkataan Apple itu pada nama syarikat mereka, Apple Computer telah disaman oleh Apple Corps kerana dituduh melanggar hak tanda dagangan pada tahun 1978.

apple corps

Apple Corps Ltd adalah syarikat muzik yang ditubuhkan pada tahun 1968 oleh kumpulan legenda The Beatles.

Penyelesaian saman dicapai antara 2 pihak pada tahun 1981 di mana Apple Computer telah membayar sebanyak USD80,000 kepada Apple Corps.

Selesai setakat itu tentang nama Apple dan perseteruan antara Apple Inc dengan Apple Cops.

Sebenarnya perang saman Apple Corps terhadap Apple Inc. ada berlaku beberapa kali khususnya saman terhadap modul bisnes Apple yang memasuki bisnes muzik yang berlarutan lebih sedekad.

Tetapi akhirnya selesai dalam tahun 2009.

Bagaimana pula munculnya nama Macintosh?

Seperti semua sedia maklum, komputer Apple Macintosh pertama hanya muncul pada 24 Januari 1984 dengan munculnya Macintosh 128K.

Tetapi dari mana datangnya nama Macintosh itu?

Jika nama Apple adalah idea daripada Steve Jobs, nama Macintosh pula adalah cetusan idea daripada salah seorang tokoh penting dalam pembangunan awal teknologi komputer Apple iaitu Jef Raskin.

Jef Raskin

Jef Raskin meninggalkan Apple dalam tahun 1982 iaitu dua tahun sebelum Macintosh 128K diperkenalkan kerana perbezaan pendapat dengan Steve Jobs. Beliau meninggal dunia pada Februari 2005 ketika berumur 61 tahun. Foto menunjukkan beliau memegang model komputer Canon Cat. Kredit: Wikipedia

Jef Raskin adalah seorang saintis komputer yang bertanggungjawab memperkenalkan grafik antaramuka komputer mesra pengguna pada lewat tahun 1970an.

Beliaulah individu yang mencadangkan nama McIntosh untuk digunakan pada komputer baru Apple yang akan dibangunkan.

Beliau juga turut digelar sebagai “Bapa Macintosh” yang mengepalai pembangunan komputer Apple itu dari peringkat awal dalam tahun 1979.

Jef Raskin adalah pekerja Apple yang ke 31 pada waktu itu.

Beliau juga bertanggungjawab mencadangkan arkitektur bagi pembangunan Macintosh yang ditentang hebat secara dalaman oleh Apple pada peringkat awal.

Malah beliau adalah individu yang mula memperkenalkan ciri “click and drag” atau kini lebih dikenali sebagai “drag and drop“.

Kembali kepada idea menggunakan nama McIntosh itu pula, ia sebenarnya adalah merujuk salah satu jenis bagi buah epal kegemaran beliau iaitu Epal McIntosh.

Epal McIntosh

Epal McIntosh. Kredit: HEB

Epal McIntosh adalah salah satu daripada 14 jenis buah epal di mana ia merupakan jenis epal kedua yang paling manis selepas epal Granny Smith.

Nama Epal McIntosh itu diambil bersempena dengan nama John McIntosh iaitu seorang peladang New York yang membuka ladang epal di Kanada pada awal kurun ke-19.

Beliau adalah peladang buah epal yang menemukan benih epal ini pada 1811 ketika membersihkan ladang miliknya.

Dari penemuan itu, beliau telah mengumpul dan menanam benih epal tersebut bersebelahan dengan rumahnya. Dari situ lahirlah jenis buah Epal McIntosh.

Sedekad kemudian, Epal McIntosh telah menguasai 40% pasaran buah epal di seluruh Kanada.

McIntosh kepada Macintosh

Berbalik kepada komputer Apple Macintosh. Mengapa pula Apple tidak menggunakan ejaan McIntosh tetapi Macintosh untuk komputer mereka?

Ini kerana adalah bagi mengelakkan isu hak cipta ejaan nama buah Epal McIntosh itu. Jadi Apple menukarkan ejaan McIntosh kepada Macintosh. Maka lahirlah nama komputer Apple Macintosh.

Itulah serba sedikit sejarah ringkas lahirnya nama syarikat Apple dan juga komputer Macintosh yang kini popular di seluruh dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here