Cara back up menggunakan Time Machine
Back up keseluruhan Mac anda menggunakan Time Machine ke dalam storan luar.
Time Machine merupakan salah satu ciri utama yang ada dalam Mac OS X. Ia merupakan mekanisma yang memudahkan pengguna Mac untuk melakukan proses back up Mac mereka. Namun begitu masih ramai lagi yang tidak menggunakan Time Machine ini. Jadi ariffmac akan tunjukkan cara back up menggunakan Time Machine ini bagi memudahkan anda.
Persediaan
Untuk back up Mac anda, sebaiknya anda menggunakan storan luar (external hard disk) yang memang khas untuk Mac tersebut. Maksudnya dalam external tu tiada sebarang kandungan lain. Anda boleh menggunakan external hd yang menggunakan sambungan USB, FireWire ataupun Thunderbolt. Pastikan juga external tersebut sudah diformat terlebih dahulu. Kalau belum lagi sila berbuat demikian. Sebelum ini sudah ariffmac tunjukkan cara-cara untuk format hard disk menggunakan Disk Utility.
Time Machine
Okay bila semua dah sedia, sambungkan external hd anda ke Mac sekarang. Bila sambungan dibuat, anda akan dapati satu kotak dialog keluar bertanyakan sama ada anda mahu menggunakan external hd tersebut sebagai peranti back up untuk Time Machine (jika kali pertama back up).
Kalau Mac anda tidak naik seperti rajah di atas, sila buka System Preferences dan pilih Time Machine.
Di sini anda pilih Select Disk…(jika anda kali pertama back up) bagi memilih lokasi storan back up.
Selepas selesai memilih storan, klik pada Use Disk. Proses back up akan bermula secara automatik.
Jika anda mahu memulakan proses back up dengan segera, klik saja Back Up Now dari menu bar.
Proses back up bagi kali pertama biasanya akan mengambil sedikit masa. Ia bergantung kepada saiz data storan, jenis sambungan peranti yang digunakan serta jenis storan yang digunakan (HDD atau SSD).
Sepanjang proses back up ini berlangsung, adalah dinasihatkan agar anda tidak membuat sebarang kerja-kerja di Mac anda buat sementara waktu. Ini bagi memastikan proses back up berjalan lancar tanpa ada sebarang masalah sistem, mekanikal atau masalah yang berpunca dari tuan punya Mac sendiri.
Setelah proses back up selesai, Mac akan memberikan notifikasi menyatakan proses back up sudah selesai dan berjaya dibuat.
Untuk pengetahuan anda, Selagi Time Machine dihidupkan, ia secara automatik akan menjalankan proses back up pada setiap jam jika peranti storan back up tersebut bersambung dengan Mac anda. Jika tidak Time Machine akan memulakan proses back up semula setelah peranti storan back up tersebut bersambung semula dengan Mac anda.
Nasihat ariffmac adalah sentiasalah membuat back up sebelum berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Terdapat juga aplikasi back up popular lain seperti Carbon Copy Cloner yang boleh anda gunakan. Akhir kata, selamat membackup kan Mac 😀

Tinggalkan Komen