Cara membuat salinan terhadap projek-projek suntingan video bagi editor amatur FCPX.

Aplikasi suntingan video profesional Final Cut Pro X dilengkapi dengan ciri salinan (backup) automatik bagi projek-projek suntingan video yang sedang berjalan. Ciri tersebut tersedia aktif, jadi anda tidak perlu pun mengaktifkannya.

Namun begitu perlu difahami bahawa ciri autobackup FCPX hanya menyalin data-data penting yang ditentukan sendiri oleh sistem FCPX bagi mengelak daripada berlakunya kerosakan atau kehilangan data suntingan video.

Bermakna, ciri autobackup ini tidak akan membuat salinan bagi video, imej dan audio yang diimpot masuk ke dalam FCPX.

Final Cut Backups

Lokasi folder autobackup FCPX secara default berada di dalam folder Movies yang bernama Final Cut Backups.

Final Cut Backups

Di dalam folder Final Cut Backups ini mengandungi kesemua salinan projek FCPX yang sedang berjalan atau pun yang sudah selesai disunting.

Saiz salinan data projek FCPX yang ada di dalam folder backup juga adalah tidak sebesar sepertimana saiz fail utama projek FCPX. Setiap fail yang disalin akan berada dalam bentuk/jenis fail Final Cut Pro Library.

Anda boleh lihat contoh selang masa salinan Library FCPX yang dibuat oleh autobackup FCPX.

Jika anda belum memahami apa itu Final Cut Pro Library, anda bolehlah terlebih dulu membaca artikelnya dalam Tutorial FCPX sebelum ini.

Jadi, jika berlaku kerosakan atau kehilangan data fail projek FCPX yang sedang berjalan, anda bolehlah klik saja pada mana-mana Final Cut Pro Library yang berada di dalam folder Final Cut Backups mengikut nama folder projek yang sedang anda jalankan.

Kandungan fail autobackup Final Cut Pro Library

Seperti yang dberitahu awal tadi, ciri autobackup FCPX tidak menyalin fail-fail video, imej atu audio. Sistem FCPX secara automatik yang akan menentukan hanya kandungan data-data penting sahaja yang akan dibuat salinan ke dalam folder Final Cut Backups.

Final Cut Backup
Contoh data-yang yang terkandung di dalam auto backup Final Cut Pro Library.

Akan datang…

InsyAllah untuk tutorial akan datang kita akan mempelajari pula bagaimana untuk mengubah lokasi folder Final Cut Backups.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here