HotSpot 3D
Laman web ini membolehkan anda preview telefon pintar dalam mod 3 dimensi.

Jika anda ingin melihat secara terperinci rupa fizikal sesebuah telefon pintar, anda kini tidak perlu pun pergi ke kedai yang menjual peranti tersebut.

Ini kerana anda boleh saja melayari laman web HOTSPOT 3D untuk melihat desain fizikal peranti tersebut dalam mod 3 dimensi di sini.

Selain itu, anda juga boleh menukar warna peranti dan membandingkan antara model telefon pintar iOS dan Android.

HotSpot 3D Preview
Ia juga memaparkan info saiz fizikal bagi pearnti yang dibandingkan.

Cuma kelemahan utama laman web ini adalah ia tidak memaparkan info spesifikasi lengkap sesebuah peranti. Pengguna hanya dapat membandingkan rupa dan saiz fizikal telefon pintar itu sahaja.

Selain itu, jika anda ingin melayari laman web ini, anda dinasihatkan supaya menggunakan aplikasi pelayar web selain daripada Google Chrome. Ini kerana ketika melayari laman web tersebut menggunakan Chrome, laman web ini kerap kali tergantung.

Tetapi tidak pula pada aplikasi FireFox, Safari atau Opera.

Satu lagi kelemahan utama laman web ini adalah model telefon pintar yang disediakan untuk dibuat perbandingan adalah terhad.

Hanya terdapat sebanyak 23 telefon pintar sahaja dan 1 kad kredit yang boleh dipilih dari 5 syarikat pengeluar telefon. Kebanyakkannya adalah model telefon pintar terbaru seperti Apple iPhone XS, XS Max, XR, Samsung Galaxy Note 9, Huawei P20, Sony XPeria XA2 dan LG Q6.

Laman web HOTSPOT 3D ini masih dalam peringkat Beta jadi mungkin pembangun laman web ini akan menambahbaik dari segi kestabilan, info serta model-model peranti lain yang akan ditambah pada masa akan datang.

Jadi jika anda berkelapangan bolehlah melayari laman web HOTSPOT 3D.com dan membandingkan telefon pintar yang diminati dalam mod 3 dimensi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here