bateri Macbook
Cukup sekadar sebuah peranti elektronik yang terlebih panas dan terbakar di ruang kargo kapal terbang boleh menyebabkan kemalangan udara.

Menurut penemuan terbaru dari kajian yang dibuat oleh pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mendapati, sistem keselamatan pemadam api automatik kapal terbang tidak mampu memadam atau mengawal api yang disebabkan oleh bateri peranti elektronik.

Sungguhpun sebelum ini pihak berwajib percaya sistem tersebut mampu mengawal api yang disebabkan oleh bateri lithium yang kini banyak digunakan di peranti elektronik, tetapi dari kajian terbaru ini mendapati hasil yang sebaliknya.

Ini kerana apabila berlakunya sesebuah kebakaran, ia akan turut sama melibatkan bahan-bahan mudah terbakar lain yang sering dibawa oleh penumpang seperti barangan kosmetik dan tin aerosol.

Penemuan terbaru ini diterangkan oleh Duane Pfund di forum keselamatan penerbangan yang berlangsung di Washington baru-baru ini. Beliau merupakan koordinator program antarabangsa di U.S. Pipeline and Hazardous Materials Safety Administration (PHMSA).

Pihaknya bertanggungjawab mengawal selia bahan-bahan merbahaya untuk penerbangan dan bekerja rapat bersama pihak FAA.

Kajian tersebut khusus dibuat bagi mengetahui risiko penggunaan bateri lithium yang semakin banyak digunakan dalam hampir kesemua peranti elektronik moden, dari telefon pintar sehinggalah komputer riba yang sering dibawa bersama penumpang ke dalam sesebuah kapal terbang.

Bagi situasi di Malaysia pula, jika anda sering menaiki kapal terbang, anda mungkin ada menerima notifikasi peringatan tentang polisi terbaru terbaru yang telah dikuat kuasakan oleh pihak penerbangan tambang murah, Air Asia.

Ia adalah tentang sekatan penggunaan peranti bank kuasa di dalam penerbangan. Ia mula dilaporkan oleh placesandfoods di laman web mereka. Berikut adalah salinan gambar yang di ambil dari laman tersebut.

Air Asia power bank

Malah sebelum ini juga pihak Air Asia telah pun melarang beberapa jenis peranti elektronik di dalam penerbangan mereka seperti hoverboards, Segways, mini-Segways dan banyak lagi.

Jadi demi keselamatan anda dan penumpang yang lain, silalah ambil perhatian ini. Jika anda ingin menukar bateri peranti anda, pastikan ia adalah yang original. Ini kerana bateri yang bukan dari pengeluar asal peranti tersebut adalah merbahaya digunakan.

Sudah banyak berlaku insiden di mana bateri peranti ciplak tidak tahan lama digunakan. Malah dalam sesetengah kes yang ekstrim, ada yang sehingga meletup.

Oleh itu, sentiasalah anda menggantikan bateri peranti anda dengan bateri asli yang datang dari pembekal sah untuk peranti elektronik anda.

 

Sumber artikel: Bloombergquint

P/s: Kesemua model komputer riba Apple Macintosh dan peranti pintar Apple yang lain dilengkapi dengan bateri jenis lithium di dalamnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here