iPad mini 4 vs iPad 2018
Yang manakah patut anda beli, iPad atau iPad mini 4?

Pada lewat Mac yang lalu, Apple telah perkenalkan model terbaru iPad 2018 di acara khas mereka. iPad terbaru kini turut boleh digunakan bersama peranti Apple Pencil. Malah harganya juga adalah lebih murah dari sebelum ini.

Walaubagaimanapun masih ada yang bertanya, antara iPad 2018 dan iPad mini 4, yang manakah mereka patut beli? Malah ada yang hairan mengapa harga iPad mini 4 sedikit mahal berbanding model iPad terbaru tersebut.

Jadi sekiranya anda keliru memilih antara iPad dan iPad mini 4, terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat sebelum anda membeli model iPad yang sesuai untuk anda.

  • Tahun keluaran

iPad mini 4 diperkenalkan pada September 2015 dan masih dijual sehingga kini. Manakala iPad terbaru pula baru saja diperkenalkan Apple pada Mac 2018 yang lalu. Jadi jelas di sini iPad terbaru adalah lebih releven berbanding iPad mini 4 dari segi tahun keluaran.

  • Cip pemprosesan 

iPad mini 4 masih menggunakan cip pemprosesan Apple A8 yang sudah berusia hampir 3 tahun. Sebaliknya iPad 2018 menggunakan cip pemprosesan Apple A10 yang lebih baru dan berkuasa dari A8. Jadi jelas di sini iPad 2018 menggunakan perkakasan terbaru yang lebih baik di dalamnya berbanding iPad mini 4.

  • Sokongan Apple Pencil
iPad 2018
Apple Pencil berhara RM419.00 dijual secara berasingan. Tidak didatangkan sekali bersama iPad.

iPad 2018 juga kini turut menyokong fungsi bersama Apple Pencil. Sebelum ini Apple Pencil hanya boleh digunakan bersama model iPad Pro sahaja. Jadi ia merupakan satu kelebihan berbanding iPad mini 4 yang tidak menyokong penggunaan Apple Pencil.

  • Harga dan pilihan storan

Selain daripada itu, terdapat perbezaan yang agak ketara dari segi harga antara iPad 2018 dan iPad mini 4. Ini yang menyebabkan kebanyakan pengguna berasa hairan mengapa iPad mini 4 lebih mahal berbanding iPad 2018.

Ini kerana iPad mini 4 (WiFi) yang berharga RM1799.00 dilengkapi dengan pilihan storan 128GB. Manakala iPad 2018 (WiFi) pula yang berharga dari RM1499.00 dilengkapi dengan pilihan storan 32GB dan 128GB (RM1849.00).

Kesimpulan

Jadi, daripada penjelasan tersebut apa yang boleh disimpulkan? Dipendekkan cerita, jangan beli iPad mini 4 tetapi belilah iPad 2018 yang lebih baru. Mengapa perlu beli model iPad mini 4 yang lama sedangkan terdapat model iPad terbaru yang dilengkapi dengan perkakasan serta ciri-ciri terbaru seperti Live Photos dan Retina Flash.

Sungguhpun iPad mini 4 (WiFi) dilengkapi dengan storan 128GB, adalah lebih baik anda hanya menambah RM50.00 saja lagi untuk iPad 2018 storan 128GB yang berharga RM1849.00 sahaja.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda berasa saiz 7.9″ iPad mini 4 lebih sesuai untuk anda berbanding iPad 2018 yang bersaiz 9.7″, boleh beli iPad mini 4. Tetapi secara peribadi, AriffMac tidak mengsyorkannya. Ini kerana anda akan rugi dari aspek model tahun keluaran dan menggunakan peranti yang dilengkapi dengan perkakasan yang lebih lama.

Jadilah pengguna yang bijak dengan membuat pilihan yang betul dan berbaloi dalam membelanjakan wang anda. Anda boleh membuat perbandingan antara model-model iPad di laman web rasmi Apple bagi mendapatkan info yang lebih jelas dengan membandingkan spesifikasi antara iPad-iPad yang masih dijual Apple.

 

P/s: iPad 2018 kini sudah boleh mula dibeli menerusi laman web rasmi Apple dan akan mula berada di pusat-pusat jualan bertauliah Apple di seluruh Malaysia tidak lama lagi. Tetapi sekiranya anda inginkan iPad terdahulu keluaran 2017 (generasi ke-5), ia masih lagi dijual dan boleh dibeli di pusat-pusat jualan bertauliah Apple yang kini berharga dari RM1369.00

3 COMMENTS

  1. Nk tnye la agaknye bile ios12 akan kluar sbb nk download tuk ipad9.7ni hhaahhaha,,,brape agaknye kos,,klau line slow bleh mntak apple store installkan ,,bleh ke,,,line internet slow cm siput takut time download buat hal,,,thun ni 1st time beli brg apple ipad ni tu tnye hahaaahh

    • Rasanya tak, sebab Apple memang lagu tulah perangai depa. Kitaran hardware yang terlampau lama. Benda dah lapok pun dok simpan dan jual lagi. Sama jugak pada produk2 yang lain. Harga plak xnak kalah. Hampeh tol.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here