
Mac terpakai lebih nilai, menang membeli alah memakai.
Sebelum ni AriffMac telah berkongsi tips membeli Mac (yang baru). Kali ni AriffMac nak berkongsi tips beli Mac terpakai (omputih cakap 2nd hand).
Beli Mac terpakai pada pendapat AriffMac memang berbaloi sebab komputer Apple Macintosh memang tahan lama dan sokongan perisian sistem operasinya melebihi 7 tahun (Mac keluaran 2008 masih boleh dinaik taraf sistem operasinya sehingga sekarang).
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anada membuat keputusan untuk membeli Mac terpakai. Ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga supaya pembelian tersebut berbaloi.
Periksa tahun keluaran
Perkara pertama yang perlu anda semak adalah tahun Mac tersebut dikeluarkan. Nasihat AriffMac kalau boleh, jangan beli Mac keluaran tahun 2010 dan ke bawah.
Beli Mac keluaran 2011 dan ke atas. Ini kerana Mac 2010 ke bawah adalah sudah terlalu lama. Teknologi yang digunakan juga sudah ketinggalan zaman (out of date).
Contohnya seperti MacBook Pro 15″ dan 17″ keluaran 2010 yang telah diisytiharkan oleh Apple sebagai produk vintaj.
Anda boleh dapatkan info penuh senarai produk-produk Apple yang telah diisytiharkan sebagai produk vintaj dari laman web rasmi Apple Inc.
Elakkan MacBook Pro 15″dan 17″ keluaran antara 2011 hingga 2013
Walaupun komputer Apple memang antara komputer terbaik yang pernah dihasilkan, tetapi ia juga pernah berhadapan dengan isu kerosakan perkakasan yang agak kritikal.
Sepertimana yang berlaku terhadap MacBook Pro 15″ dan 17″ keluaran antara awal 2011 hingga Februari 2013. Ini kerana keluaran 2 produk Mac tersebut mengalami masalah perkakasan cip grafik daripada Nvidia dan AMD.

Ia melibatkan sebahagian besar pengguna MBP di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, Apple telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan isu pembaikan bagi MacBook Pro tersebut.
Cumanya, program pembaikan tersebut dibuat agak lambat yang menyebabkan ramai pengguna MacBook Pro 15″ dan 17″ telah mengambil tindakan drastik dengan membaiki/menukar cip grafik MBP tersebut dengan menghantar MBP mereka ke kedai-kedai komputer yang dikatakan boleh membaiki permasalahan tersebut.
Hasilnya ada yang berjaya, ada yang berjaya kemudian rosak balik dan ada yang terus rosak langsung tak boleh pakai lagi MBP mereka.
Jadi sebelum membeli apa-apa produk Apple, ada baiknya anda periksa dengan lebih teliti dan bertanya dengan kawan-kawan yang lebih berpengalaman dengan produk-produk Apple.
Pastikan harga Mac berpatutan
Anda boleh dapat iMac, MacBook Pro, Mac Pro dan lain-lain dengan harga yang jauh lebih murah berbanding yang baru. Contohnya MacBook Pro 13″ (non retina) keluaran 2012 anda boleh dapatkannya pada harga antara RM 2000 hingga RM 3000 (kalau baru RM 4599).
Setiap harga yang ditawarkan biasanya berdasarkan beberapa kriteria seperti tahun keluaran, spesifikasi Mac, kitaran penggunaan bateri (bagi keluarga MacBook), perisian yang ada, kondisi luaran Mac dan lain-lain.

Selain itu…
Antara perkara-perkara lain yang perlu dititik berat sebelum membeli Mac terpakai adalah sebaiknya anda membuat beberapa ujian ke atas perkakasan Mac tersebut seperti skrin monitor Mac, semua butang papan kekunci (keyboard) tersebut berfungsi dengan sempurna, trackpad, sambungan peranti (USB, HDMI…), tetikus, kamera (iSight), pemain DVD (jika ada) dan lain-lain.
Begitu juga terhadap sistem operasi Mac OS X. Sebaiknya anda lakukan beberapa ujian bagi memastikan sistem Mac OS X berfungsi dengan baik. Periksa sama ada sistem fail Mac berada dalam keadaan baik dengan menggunakan perisian Disk Utility bagi dapatkan S.M.A.R.T status struktur sistem fail, ruang storan (Hard Disk) dan lain-lain.
Kesimpulannya…
Pastikan setiap pembelian yang dibuat nanti adalah berbaloi. Sebaiknya anda dapat menguji sendiri terlebih dahulu setiap Mac terpakai yang hendak dibeli dan ditemani rakan yang lebih berpengalaman supaya ia dapat memberikan pandangan serta nasihat kepada anda.





















Salam.
Saya rasa kena tipu, last year beli MackBook Pro 2011 dekat Lowyat, Level 4 betul2 sebelah escalator, and asyik mati2 je. Bila send kat kedai tu benda sama jadi lagi. Saya jarang guna sbb guna laptop company. Then bila check dekat kedai lain, motherboard rosak. 2K kos nya. Rasa kena tipu. Guna pon jarang sangat. Kat mana yea nak repair murah2 ?
Salam, hai Kenny, tuan kata “and asyik mati2 je” maksudnya Macbook Pro tu masih boleh on tapi x lama kemudian mati. Jadi kemungkinan bukan motherboard yg rosak, boleh jdi Hard Disk, charging problem dan lain-lain. Ada baiknya tuan hantar kepada beberapa technician yang pakar Mac untuk diperiksa terlebih dulu seperti tuan Nafies Afkhory dari Machanic Tecnologies https://www.facebook.com/MachanicTechnologies, atau http://www.thegoodguys.com.my/index.html
Yup ! Mati2.. Saya dah send kedai untuk check “check saja RM100” dia ckp Motherboard. Dalam 2k! Kalau nak beli MAC 2nd agak2 kedai mana yang leh percaya area KL ?
Tuan juga boleh contact tuan Mat Iboff. Pakar baik pulih Mac termasuklah repair motherboard Mac. Orang yang jujur sebab saya pernah berjumpa dan menemubual beliau sendiri dan melihat kepakarannya membaik pulih Mac. Mungkin kalau repair dengan dia x semahal kedai lain. Boleh hubungi dia menerusi laman FB https://www.facebook.com/Logicboard.Macbook?ref=br_rs Dia juga ada jual Mac terpakai.
Slm Ariff
Salam tuan…