Dikemaskini pada 15 April 2018.
Beli Mac dengan harga diskaun? Tak mustahil!

Apple jarang-jarang sekali akan membuat jualan diskaun bagi komputer Mac. Tetapi sekiranya anda adalah seorang pelajar, ibubapa kepada pelajar, ataupun anda adalah seorang guru/pensyarah, anda layak untuk membeli komputer Mac dengan harga diskaun.

Untuk mendapat harga diskaun tersebut, ia hanya boleh dilakukan melalui pembelian atas talian dari laman web rasmi Apple sahaja.

Cara-caranya.

web apple malaysia

  • Kemudian klik pada Shop for Universiti di bahagian For Education (di bahagian bawah laman web Apple)

education

  • Kini anda telah berada dibahagian Education Store bagi pembelian produk Apple.

k12

Pada bahagian Education Store ini membolehkan anda membeli Mac (bagi semua keluarga Mac) dengan mendapat potongan harga dari RM90 sehingga mencecah RM1300 (bergantung kepada jenis Mac).

Anda juga boleh membeli aksesori Mac dengan harga diskaun seperti Apple Thunderbolt Display dan Airport Time Capsule. Malah anda juga mendapat diskaun bagi AppleCare Protection Plan.

Selain Mac, anda juga boleh membeli iPad (bagi semua keluarga iPad) dengan harga diskaun. Walaubagaimanapun, AriffMac dapati tiada pula diskaun diberikan untuk aksesori iPad.

Begitu juga dengan produk Apple yang lain seperti iPhone, Apple TV, Apple Watch dan iPod, tiada diskaun diberikan bagi produk-produk tersebut.

Selepas anda selesai memilih Mac (contoh) yang hendak dibeli, anda bolehlah mendaftar masuk ataupun sebagai pelawat (bagi yang tiada akaun Apple) untuk melengkapkan proses pembelian Mac tersebut.

final order
Di sini AriffMac memilih sebagai pelawat untuk membeli Macbook Pro Retina. Harga sebenar bagi Mac tersebut adalah RM5899.00. Tetapi dengan harga pelajar, Mac ini hanya berharga RM5439.00 sahaja.

Selepas anda selesai mengisi kesemua bahagian penting yang diperlukan, boleh la tunggu posmen depan rumah untuk mengambil Mac anda. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan dengan syarat-syarat kelayakan program pembelian Mac ini, sila layari apple.com 🙂

P/s: Selain membeli dari atas talian laman web rasmi Apple, anda juga boleh membeli produk-produk Apple dengan harga pelajar terus dari pusat jualan bertauliah Apple yang menyediakan servis tersebut.

Tetapi anda perlu bertanya dahulu sebab AriffMac pun tak pasti secara tepat penjual bertauliah Apple mana yang menyediakan servis pembelian harga pelajar.

Anda juga mungkin perlu menyediakan dokumen sebagai pengesahan bagi membolehkan anda membeli produk-produk Apple pada harga pelajar.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here