"/>

Beli pakej aplikasi profesional Apple dengan harga pelajar

In Aplikasi, macOS On
- Updated

Beli 5 aplikasi profesional Apple sekaligus dengan harga pelajar

Berita baik untuk para pelajar di Malaysia, kini anda sudah boleh membeli aplikasi profesional Apple dengan harga pakej pelajar iaitu Rm 899.90 sahaja. Dalam pakej ini mengandungi 5 aplikasi profesional popular dari Apple iaitu :-

  • Final Cut Pro X - Apple menyatakan Final Cut Pro X merupakan sebuah revolusi penyuntingan video pasca produksi masa hadapan. Antaramuka penyuntingan yang menarik dan dinamik membolehkan anda bereksperimen dengan bebas semasa bekerja dengan kelajuan yang luar biasa dan ketepatan yang jitu.
  • Motion 5 - Motion adalah aplikasi grafik berkuasa yang membolehkan anda menghasilkan grafik animasi 2D , 3D serta elemen-elemen kesan khas visual (vfx) yang lain untuk video anda.
Logic Pro X
  • Logic Pro X- Sebuah studio rakaman profesional lengkap di Mac yang dapat memberikan segala keperluan yang anda perlukan dari mula hingga ke peringkat akhir proses pembikinan muzik.
  • Compressor 4 - Merupakan sebuah aplikasi fleskibel yang berintegrasi bersama aplikasi Final Cut Pro bagi tujuan memudahkan penetapan mengekspot sesebuah projek akhir Final Cut Pro.
  • Main stage 3 - Sebuah aplikasi yang dilengkapi dengan pelbagai jenis ‘plug-in’ dan instrumen digital. Ia akan mengubah fungsi papan kekunci anda, gitar atau prestasi vokal dengan pelbagai koleksi plug-in dan bunyi yang ada dalam aplikasi tersebut.

Untuk membeli pakej aplikasi ini, anda perlu pergi ke laman web Apple Malaysia di bahagian ‘For Education’. Tak pun klik saja di ‘link’ Pro Apps Bundle for Education ini. Proses pembelian hanya boleh dibuat menerusi laman web tersebut sahaja. Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima e-mel dengan kod kandungan yang boleh ditebus pada Mac App Store. Kod lazimnya disampaikan dalam 1 hingga 3 hari waktu bekerja tetapi kadang-kadang ia boleh mengambil masa yang lama. Bagi memudahkan proses muat turun aplikasi-aplikasi itu nanti, adalah sebaiknya anda sudah memiliki akaun Apple. Jika tiada, anda masih tetap boleh membeli pakej aplikasi tersebut, tetapi anda tetap perlu membuat akaun Apple kemudiannya.

Untuk pengetahuan anda, jika anda membeli aplikasi-aplikasi tersebut tanpa pakej yang ditawarkan Apple ini, anda terpaksa membayar pada harga yang mahal. Sebagai contoh, harga bagi sebuah aplikasi Final Cut Pro X sahaja adalah RM1299.00. Jika dicampurkan harga keseluruhan bagi kelima-lima aplikasi tersebut tanpa pakej pendidikan ini anda perlu membayar sebanyak RM2629.50. Jadi dengan adanya pakej pendidikan ini, anda hanya perlu membayar sebanyak RM899.90 sahaja bagi kelima-lima aplikasi profesional tersebut. Ini dapat memberikan banyak manfaat kepada para pelajar universiti terutamanya bagi anda yang mengambil bidang penyiaran, muzik dan perfileman yang melibatkan video dan audio.

Tinggalkan komen anda...

Mobile Sliding Menu