Macbook Pro

Ya mungkin benar sebab…

Pada bulan lepas, terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa Apple berkemungkinan besar akan perkenalkan model terbaru dalam keluarga Macbook iaitu model Macbook Pro 16″.

Tetapi persoalannya adakah ia benar? Jawapannya mungkin benar berdasarkan faktor-faktor berikut:-

1. Ming Chi Kuo

Pihak bertanggungjawab yang mula mengeluarkan khabar angin tentang Macbook Pro 16″ ini adalah dari pihak Ming Chi Kuo.

Bagi anda yang tidak tahu, Ming Chi Kuo merupakan seorang penganalisis teknologi yang terkenal di dunia.

Beliau amat terkenal dengan ramalan-ramalan teknologi terutamanya berkaitan produk-produk Apple yang akan datang.

Ming-Chi Kuo
Ming-Chi Kuo adalah seorang penganalsis di syarikat TF International Securities. Kredit foto: Cult of Mac

Malah pihak Business Insider telah mengiktiraf beliau sebagai penganalisis Apple paling tepat di dunia dan juga seorang pemerhati produk-produk Apple yang paling dipercayai di dunia oleh BGR.

Jadi, khabar angin 16″ ini memang boleh dipercayai, tapi belum cukup meyakinkan. Sebab itulah perlu dilihat pula kepada faktor kedua…

2. Perkakasan lebih berkuasa

Pada tahun ini, Intel telah pun mula melengkapi pengeluar-pengeluar komputer dengan cip pemprosesan Intel generasi ke 9 dengan versi tertinggi Core i9 yang mampu menyokong kuasa pemrosesan tertinggi sehingga 5.0Ghz, 8/16 Core.

Selain itu, pihak AMD juga telah turut perkenalkan model terbaru kad grafik Radeon VII yang telah pun dipasarkan pada bulan Februari lepas. Maka sudah pastinya Apple mahukan kad grafik tersebut turut berada di dalam komputer Macintosh mereka.

MacBook Pro Touch Bar
Macbook Pro 15″ terbaru yang ada ketika ini boleh menyokong cip pemprosesan tertinggi Intel Core i9 29GHz generasi ke 9, 6 Core serta grafik yang dikuasakan oleh kad grafik Radeon Pro Vega 20. Kredit imej: Apple

Namun begitu, jika Apple mahu memuatkan cip pemprosesan Intel serta kad grafik yang lebih berkuasa dari AMD ini, MBP juga memerlukan kuasa yang lebih besar dan secara tidak langsung akan menghasilkan haba yang lebih tinggi dari model yang ada sekarang.

3. Isu termal Macbook Pro

Apple memang berdepan dengan masalah prestasi Macbook Pro 15″ sejak mereka mula perkenalkan rekabentuk baru Macbook Pro dengan Touch Bar pada tahun 2016.

Ini kerana, model Macbook Pro yang ada sekarang memang diketahui umum bahawa MBP tersebut dilengkapi dengan ciri memperlahankan prestasinya bagi mengawal isu panas apabila MBP sedang beroperasi.

Terutamanya apabila MBP sedang mengoperasikan aplikasi-aplikasi berat yang melibatkan elemen visual dan audio.

Apple sememangnya sedar akan isu ini. Perkakasan berkuasa yang hendak dimuatkan ke dalam MBP bersaiz 15″ sekarang adalah tidak mampu untuk menampung kepanasan tersebut.

Malah jika mereka tetap menggunakan rekabentuk MBP sekarang dengan hanya menaik taraf sahaja kepada perkakasan yang lebih berkuasa, ia hanya akan memburukkan lagi imej Apple yang terpalit dengan isu prestasi MBP.

Umum telah sedia tahu bahawa Apple telah melimitasikan prestasi sebenar perkakasan MBP akibat daripada isu termal ini.

Oleh sebab itulah, jika Apple mahu melengkapi MBP mereka dengan perkakasan terbaru yang berkuasa dan sekaligus menangani isu termal tersebut, mereka perlu mereka bentuk semula kerangka MBP dengan rekaan yang baru.

Tetapi, adakah dengan menaik taraf dari 15″ (sebenarnya 15.4″) kepada saiz 16″ sudah memadai?

16″ atau 16.5″?

Jika anda seorang yang berpengetahuan dalam bidang rekabentuk industri atau seorang jurutera perkakasan, sudah tentunya anda sedar bahawa saiz amat mempengaruhi dalam sesebuah rekaan, prestasi, kos dan sebagainya.

Setengah inci mahupun satu inci pastinya mempengaruhi rekabentuk dan keputusan prestasi MBP terbaru ini nanti.

Tetapi isu utama yang akan hangat diperkatakan juga sudah tentulah berkaitan dengan harganya nanti.

Jika harga Macbook Pro 15″ (model berprestasi tinggi) yang dijual Apple sekarang sudah bermula dari RM12,132.00. Agak-agaknya berapalah pula harga Macbook Pro 16″ tu nanti?

Kesimpulan

Melihat kepada faktor-faktor di atas, memang boleh dipercayai bahawa Apple memang sedang membangunkan model terbaru Macbook Pro bersaiz 16″ yang dijangka akan diperkenalkan dalam tahun ini.

Tetapi persoalannya, adakah ia berbaloi dibeli…

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here