Review aplikasi Betternet

Dikemaskini pada 1 Januari 2018.

Jika anda pentingkan privasi, keselamatan dan jika sesebuah laman web itu disekat, anda perlukan Betternet.

Pernah tak anda mahu melayari sesebuah laman web, tapi tak dapat mengakses laman web tersebut? Terdapat banyak sebab yang memungkinkan sesebuah laman web dihalang daripada dilayari oleh pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

betternetAtaupun daripada tempat anda bekerja (contohnya laman web sosial seperti Facebook dan YouTube). Jadi, untuk menembusi halangan tersebut, anda perlukan aplikasi Betternet.

Betternet

Aplikasi Betternet merupakan sebuah aplikasi yang menggunakan ciri VPN (Virtual Private Network) iaitu satu mekanisma melindungi privasi dan meningkatkan keselamatan anda di internet.

Secara asasnya, ia menghubungkan dua buah komputer dengan selamat dan terlindung (private) di internet. Maklumat yang dihantar antara dua lokasi akan melalui pintu rahsia yang tidak boleh dibaca oleh orang lain.

Jadi dengan adanya ciri VPN, ia dapat menambahkan lagi lapisan keselamatan dan privasi kepada rangkaian swasta dan awam seperti apabila anda menggunakan hotspot Wi-Fi.

Kelebihan

  • Lepasi halangan laman web yang tidak boleh diakses

Salah satu kelebihan VPN adalah ia membolehkan anda mengakses sesebuah laman web yang disekat. Jadi dengan menggunakan aplikasi Betternet, ia membolehkan anda melepasi halangan tersebut dan membolehkan  anda mengakses laman web itu seperti biasa.

  • Privasi

Betternet juga melindungi privasi anda ketika melayari internet. Lokasi serta data peribadi anda akan dilindungi dengan adanya fungsi VPN. Maksudnya anda melayari internet dalam mod anonymously (tanpa nama).

VPN dapat menghalang ISP dari menjejaki setiap aktiviti anda di internet. Jadi ciri VPN yang ada pada Betternet dapat menyembunyikan trafik anda dari penyedia perkhidmatan internet yang anda gunakan.

  • Sambungan di enkrip

Betternet akan menjadikan aktiviti anda melayari internet menjadi lebih selamat. Salah satu ciri VPN adalah penyulitan sambungan internet  yang membolehkan anda melayari internet tanpa perlu bimbang tentang mendedahkan rangkaian anda.

Ciri ini amat berguna apabila anda menggunakan perkhidmatan internet percuma seperti hotspot Wi-Fi ditempat awam (dalam Hotel contohnya).

  • Sokongan perkongsian fail P2P

Manjadikan ia lebih menarik, tiada kuota data ditetapkan bagi penggunaan aplikasi ini. Maksudnya anda boleh menggunakan Betternet secara percuma sampai bila-bila. Malah ia turut menyokong perkongsian fail P2P (maksudnya torrentlah tu).

Cara penggunaan

Aplikasi betternet boleh dimuat turun secara percuma dan ia boleh digunakan di platfom iOS, Windows, macOS dan Android. Atau anda juga boleh memuat turun plugin Betternet bagi aplikasi pelayar web Google Chrome dan Firefox.

Bagi pengguna Mac, anda boleh memuat turunnya terus dari Mac App Store. Selepas selesai proses muat turun dan install, anda sudah boleh terus menggunakannya.

Betternet tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk anda menggunakannya. Untuk pertama kali penggunaan, anda akan diminta bagi memasukkan profail komputer untuk aplikasi ini.

Review aplikasi Betternet
Klik butang INSTALL PROFILE.

Selepas itu anda perlu membenarkan Betternet memasukkan konfigurasi VPN ke dalam tetapan talian internet komputer anda.

Review aplikasi Betternet

Selesai langkah tersebut, anda sudah boleh mengaktifkan Betternet dan melayari internet dalam mod VPN.

betternet
Betternet boleh diakses dari Menu Status. Select Virtual Location hanya bagi pengguna berbayar sahaja.

Kelemahan

Apabila anda mengaktifkan aplikasi ini, anda akan dapati internet anda akan menjadi perlahan sedikit. Ye lah dah aplikasi ni percuma, jadi tak banyak ciri-ciri istimewa untuk anda tetapkan bagi fungsi seperti kelajuan capaian internet untuk aplikasi ini.

Tetapi ia tidaklah begitu ketara sehingga menjejaskan kelancaran anda melayari internet.

Kesimpulan

Aplikasi Betternet merupakan sebuah aplikasi VPN yang stabil dan sentiasa dikemaskini oleh pembangunnya, Betternet Technologies  Inc.

Kelebihan seperti tiada had data dan tidak memerlukan pendaftaran maklumat pengguna, menjadikan aplikasi ini amat mudah digunakan serta diyakini pengguna. Tambahan pula ia aplikasi VPN percuma yang menyokong fungsi perkongsian fail P2P. Untuk maklumat lebih lanjut tentang aplikasi ini, bolehlah anda layari ke laman web betternet.co.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here