Blackmagic eGPU Pro

Berikutan AMD menamatkan pengeluaran kad grafik Radeon RX Vega 56.

Masih ingat lagi dengan perkakasan kad grafik luar dari Blackmagic Design iaitu Blackmagic eGPU Pro?

Hari ini Blackmagic Design memaklumkan bahawa mereka telah menamatkan pengeluaran bagi model eGPU tersebut.

Ia berikutan penamatan pengeluaran kad grafik yang digunakan bagi eGPU tersebut iaitu Radeon RX Vega 56.

Penamatan itu dimaklumkan oleh pihak Blackmagic sendiri kepada laman Macrumors hari ini.

Sebelum ini, Apple telah pun mengeluarkan Blackmagic eGPU Pro yang berharga USD1,199.00 dari ditawarkan di laman stor mereka pada awal minggu ini.

Tetapi tidak pula diketahui sama ada Blackmagic eGPU Pro akan kembali ditawarkan dengan menggunakan kad grafik Radeon terbaru pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, bagi model asasnya iaitu Blackmagic eGPU pula yang menggunakan kad grafik Radeon Pro 580 berharga USD699.00, ia masih lagi ditawarkan kepada pengguna.

Kedua-dua eGPU ini mula diperkenalkan secara rasmi dalam tahun 2018 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here