Blackmagic eGPU Pro

Blackmagic eGPU Pro dilengkapi dengan kad grafik berkuasa Radeon RX Vega 56.

Selepas ditangguhkan hampir sebulan keluaran peranti kad grafik luar terbaru yang dibangunkan hasil kerjasama Apple dan Blackmagic, akhirnya model terbaru Blackmagic eGPU Pro sudah boleh dipra tempah menerusi laman sesawang rasmi Apple bermula hari ini.

Peranti eGPU Pro ini dilengkapi dengan kad grafik yang jauh lebih berkuasa iaitu Radeon RX Vega 56 dengan kapasiti memori 8GB RAM HBM2.

Model terbaru ini adalah model yang dipertingkatkan kuasa grafiknya berbanding model terdahulu yang berharga USD699.00.

Ia hanya dilengkapi kad grafik Radeon Pro 580 dengan memori RAM 8GB GDDR5.

Model eGPU Pro ini pula yang berharga USD1,199.00 tetapi masih menggunakan rekabentuk yang sama dari model terdahulu.

Ia turut mempunyai jumlah sambungan yang sama iaitu 2x Thunderbolt 3 (40Gb/s), 4x USB 3, 1x sambungan HDMI 2.0 dan dikuasakan dengan bekalan kuasa 85W terbina dalam.

Selain bertindak sebagai kuasa grafik tambahan bagi Mac, ia juga menjadi perantara yang membolehkan aksesori seperti papan kekunci, tetikus, monitor Thunderbolt, televisyen, paparan 5K, peranti VR, storan berkelajuan tinggi dan lain-lain disambungkan bersamanya.

Blackmagic eGPU Pro hanya boleh disambungkan bersama komputer Mac yang dilengkapi dengan sambungan Thunderbolt 3 (USB-C) dan menggunakan sistem operasi macOS 10.14.1 Mojave dan terbaru sahaja.

Jika anda berminat dengan peranti ini, ia hanya boleh ditempah menerusi dari laman rasmi Apple.com sahaja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here