Akaun Apple Malaysia
Dikemaskini pada 21 Januari 2018.
Biasanya untuk membuat akaun Apple, anda akan dibantu oleh pekedai…kebiasaannya lah.

Ramai daripada anda yang mungkin pertama kali menjadi pengguna produk Apple, contohnya menggunakan iPhone atau Mac. Jadi selepas membeli iPhone, apakah perkara yang perlu dibuat? Download, update/upgrade, tukar nada bunyi (ringtone)? Macam-macam nak dibuat. Itulah yang jadi kat kawan selepas baru beli iPhone 6. Macam-macam nak dibuatnya.

Jadi AriffMac nak kongsikan sikit perkara-perkara asas yang patut anda buat selepas membeli sebarang produk Apple (untuk pertama kalinya).

Mula-mula sekali yang patut anda buat adalah buka akaun Apple.

Bukan buka akaun bank, tapi akaun Apple. Inilah perkara pertama yang wajib dibuat. Ini amat penting kerana akaun tersebut akan digunakan oleh anda untuk pelbagai perkara seperti muat turun aplikasi, e-mail, mesej dan macam-macam lagi.

Boleh kata, segala fungsi dan ciri-ciri istimewa yang ada pada peranti dan servis yang disediakan Apple akan memerlukan akaun Apple anda. Biasanya untuk membuat akaun Apple, anda akan dibantu oleh pekedai sebab ia salah satu servis yang patut diberikan oleh mereka (penjual bertauliah Apple). Buka akaun Apple juga adalah percuma.

Atau anda boleh sahaja membuat sendiri akaun Apple anda. Cara-cara untuk membuka akaun Apple adalah seperti berikut:-

Klik pada Create Your Apple ID
Klik pada Create Your Apple ID
  • Selepas itu, isikan maklumat untuk akaun Apple anda.
Apple ID
Pada bahagian ini, pastikan kata laluan yang dimasukkan menggunakan 8 atau lebih karektor. Dalam kata laluan itu juga mestilah mengandungi huruf besar dan kecil serta nombor di dalamnya. Juga elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sudah digunakan pada akaun sosial yang lain.
  • Kemudian anda juga perlu menetapkan pilihan soalan keselamatan untuk akaun Apple anda.
Apple ID
Pastikan jawapan terhadap soalan yang dipilih adalah ringkas. Cukup sekadar SATU perkataan sahaja. Ini kerana kalau panjang, kompom korang mudah lupa. Pastikan juga anda tentukan sama ada mahu menggunakan huruf besar atau kecil dalam jawapan tersebut sebab ia PENTING!
  • Setelah kesemuanya diisi, klik pada butang Continue dan Apple akan menghantar e-mail untuk pengesahan akaun Apple anda.
Contoh
Contoh
  • Akhirnya, anda sudah mempunyai akaun Apple anda sendiri. Tahniah! 🙂

Bersambung….Selepas buka akaun Apple…

P/S: Laman muka Apple ID dan Dasar Privasi Apple juga kini terdapat dalam Bahasa Melayu.

6 COMMENTS

    • pastikan kata laluan yang dimasukkan menggunakan 8 atau lebih karektor. Dalam kata laluan itu juga mestilah mengandungi huruf besar dan kecil serta nombor di dalamnya. Juga elakkan daripada menggunakan kata laluan yang sudah digunakan pada akaun yang lain.

  1. salam bro.

    sy nk tanya skit pasai ruang e-mel d kata laluan tu kena pakai e-mel d pasword kita sama cam kt google tu ke or reka baru?

    timakasih

    • Ruang e-mail boleh guna e-mail gmail atau yahoo atau mana-mana e-mail yang ada. Ruang password tu plak kena buat password baru. X semestinya kena sama dengan password e-mail. Boleh jugak sama ngan password e-mail tapi x digalakkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here