Dikemaskini.

Persediaan penting sebelum menaik taraf ke iOS 10, Back Up!

Apple telah mengumumkan secara rasminya kepada semua pengguna peranti iOS, anda akan boleh mula menaik taraf peranti anda kepada iOS 10 pada 13 September 2016 (US) ini. iOS 10 merupakan sistem operasi terbaru bagi peranti iPhone, iPad dan iPod Touch. Jadi, sebelum anda menaik taraf iOS 9 kepada iOS 10, sebaiknya anda melakukan backup peranti anda dahulu. Ini bagi memastikan anda tidak mengalami kesulitan sekiranya berlaku sebarang kesilapan teknikal yang mungkin berlaku pada masa proses kemaskini tersebut sedang berjalan. Kalau ada apa-apa berlaku, tak perlu nak risau sebab ada backup.

ios-10
Tarikh rasmi iOS 10 keluar di Malaysia.

Cara backup iPhone atau sebarang peranti iOS  adalah mudah dengan menggunakan iTunes. ariffmac akan tunjukkan cara back up iPad dengan menggunakan sambungan kabel dari iPad Pro 12.9″ dan MacBook Pro 13″. Proses ini adalah sama untuk peranti iOS yang lain ataupun iTunes di PC Windows.

Langkah pertama.

Jika ini adalah kali pertama anda membuat sambungan antara peranti dan komputer anda, akan keluar satu kotak dialog di peranti iOS seperti di bawah.

trust-this-computer
Klik pada butang Trust.

Langkah kedua.

Kemudian, anda perlu buat Authorizations (sebaiknya buat) di iTunes. Ia bagi membolehkan proses backup dilakukan dan proses-proses lain seperti pemindahan aplikasi, data atau gambar mudah dibuat antara Mac/PC dengan peranti iOS anda. Ingat, setiap peranti iOS hanya boleh anda Authorize sebanyak di 5 buah komputer sahaja.

authorize

Langkah ketiga.

Lepas Authorize, anda sudah boleh mulakan proses backup peranti iOS anda.

ikon
Selepas sambungan dibuat, akan keluar satu ikon kecil di iTunes seperti di atas. Klik pada ikon tersebut.

 

Di bahagian Backups, pilih This computer untuk backup di komputer anda. Kemudian klik butang Back Up Now untuk memulakan proses backup.

 

back-up-aktif
Selepas anda klik butang Back Up Now, proses backup pun bermula.

Langkah keempat.

Setelah selesai proses backup, anda boleh lihat peranti yang sudah di backup di iTunes Preferences…

itunes-preferences
iTunes Preferences…

 

peranti-back-up
Di sini anda juga boleh membuang backup peranti yang pernah dibuat jika sudah tidak diperlukan lagi.

Untuk pengetahuan anda, setiap kali backup dibuat, data-data penting seperti semua aplikasi yang terdapat di dalam peranti iOS, nombor telefon, data-data aplikasi seperti permainan yang anda sedang main, gambar, email, nota-nota yang dibuat di Calendars, Reminders, Penanda Safari dan lain-lain akan dimasukkan dalam backup tersebut. Jadi, ariffmac harapkan kepada semua pengguna peranti iOS, rajinkan diri anda untuk buat backup. Ingatlah data yang tersayang.  😉

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here