Tutorial FCPX

Memadam tugasan FCPX lalu dapat menjimatkan ruang storan.

Jika terdapat tugasan-tugasan suntingan video di Final Cut Pro X yang telah selesai disunting atau telah diterbitkan, anda bolehlah memadam fail projek suntingan video tersebut dari FCPX.

Ini akan dapat memberikan storan Mac anda ruang lain untuk projek suntingan video seterusnya.

Padam klip media

Ketika anda mengimport media ke dalam FCPX, mungkin terdapat klip-klip media yang anda tidak gunakan dalam projek suntingan video tersebut.

Jadi bolehlah anda memadam klip media tersebut dari dalam FCPX. Anda boleh memadam klip media tersebut dengan klik butang kanan tetikus dan pilih Move to Trash.

klip fcpx

Klip media yang dipadam itu adalah terdiri daripada media yang hanya berkait dengan FCPX sahaja seperti data alias, data proxy dan data dari folder High Quality Media sahaja.

delete klip fcpx

Bermakna klip asal media (video, audio atau imej) masih tetap kekal berada di dalam lokasi storan asalnya.

delete media fcpx

Tetapi jika anda mungkin terpadam media yang dikehendaki secara tidak sengaja pula, anda boleh saja kembalikan semula media tersebut ke dalam FCPX dengan membuat proses Undo (edit > Undo Move To Trash) atau gunakan sahaja pintasan command+z.

Padam Event

Event mengandungi project dan klip media yang diimport masuk ke dalam FCPX. Jadi jika anda memadam Event, ia akan turut memadam segala klip media dan project yang terdapat di dalam Event tersebut.

Tetapi tidak seperti memadam klip media, kandungan media di dalam Event tidak akan dipindahkan ke dalam Trash. Sebaliknya segala media yang terkandung di dalam Event akan terus dipadam.

Walaubagaimanapun sebelum anda boleh memadam Event, anda perlu terlebih dulu mempunyai lebih daripada satu Event di dalam Library.

delete event

Ini kerana FCPX tidak membenarkan hanya satu Event terkandung di dalam Library. Bermakna, di dalam Library akan sentiasa ada satu Event.

Event

Jadi jika hanya terdapat satu Event sahaja di dalam Library tersebut, anda perlulah mencipta Event yang baru terlebih dulu (option+n). Kemudian barulah anda akan dapat memadam Event yang lain.

Cara memadam Event adalah sama seperti memadam klip (command+delete).

Padam Library

Memadam Library pula bermakna anda akan membuang kesemua klip media, Project dan Event yang terkandung di dalam Library FCPX.

Cuma cara memadam Library adalah berbeza dengan cara memadam klip, Project atau Event. Ini kerana anda tidak boleh memadam Library terus dari dalam FCPX.

Sebaliknya untuk memadam Library, anda perlu ke lokasi Library tersebut. Sebagai contoh, tetapan default lokasi Library adalah di dalam Finder > folder Movies.

Jadi, anda boleh terus membuang Library FCPX tersebut terus ke dalam Trash dari lokasi Library tersebut. Kemudian di dalam Trash anda klik butang Empty.

Delete Library FCPX

Tetapi suka diingatkan, sebelum anda membuang Library ke dalam Trash dan memadam terus dari Mac, dicadangkan supaya anda membuat salinan (backup) terhadap Library tersebut.

Ini kerana apabila anda telah memadam Library FCPX dari Mac, anda tidak boleh dapatkan semula Library yang telah dipadam itu.

Jadi sebaiknya apabila anda melaksanakan sebarang projek suntingan video (tak kiralah aplikasi suntingan video apa sekalipun yang anda gunakan) pastikan anda membuat salinan untuk projek-projek suntingan video tersebut.

Perbincangan lanjut tentang cara bagaimana membuat backup FCPX pula akan dibincangkan pada minggu hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here