Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Boot Camp akan memandu anda memasukkan sistem operasi Windows ke dalam Mac.

Apabila Apple Inc. mengambil keputusan untuk menggunakan cip pemprosesan Intel ke dalam Macintosh pada tahun 2006, ia merupakan salah satu keputusan terbesar yang pernah Apple ambil.

Sejak daripada itu, ia telah merubah Mac dengan menjadikannya lebih terbuka terhadap sistem operasinya. Salah satu kesan terbesar apabila Mac menggunakan cip Intel adalah ia mula menerima dan menyokong kehadiran sistem operasi Windows  menerusi aplikasi Boot Camp.

Boot Camp Assistant

Boot Camp merupakan sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh Apple bagi membolehkan komputer Macintosh yang menggunakan cip pemprosesan Intel untuk menerima sistem Windows di dalamnya.

Versi beta yang pertama telah diperkenalkan pada April 2006 yang telah membolehkan pengguna Mac memasukkan sistem Windows XP ke dalam komputer Macintosh mereka.

Jadi dengan adanya Boot Camp, pengguna Mac yang mahukan sistem operasi Windows di dalam Mac mereka dengan mudah dapat memasukkannya. Pengguna hanya perlu mengikut panduan langkah-demi langkah yang dipandu oleh aplikasi tersebut.

Cara menggunakan Boot Camp Assistant

Aplikasi Boot Camp ini tersedia terkandung di dalam macOS secara automatik. Anda tidak perlu pun memuat turunnya. Aplikasi ini berada di dalam folder Utilities.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Aplication – Utilities – Boot Camp Assistant.

Tetapi, sebelum anda memulakan proses memasukkan Windows ke dalam Mac, pastikan dahulu anda telah pun mempunyai fail Windows 7 Service Pack 1 (SP1) (32 atau 64 bit), 8.1 (64 bit sahaja) atau 10 (64 bit sahaja).

Ia adalah bergantung kepada versi sistem operasi Windows yang anda mahukan. Fail tersebut perlulah berada dalam bentuk format fail ISO atau fail media Microsoft Windows installation.

Selain itu, ada baiknya anda pastikan terlebih dahulu sama ada Mac tersebut menyokong sistem operasi Windows yang anda mahu masukkan. Berikut adalah senarai Mac yang menyokong sistem Windows 10:-

  • MacBook Pro (2012 dan terbaru)
  • MacBook Air (2012 dan terbaru)
  • MacBook (2015 dan terbaru)
  • iMac (2012 dan terbaru)
  • Mac mini (2012 dan terbaru)
  • Mac mini Server (Lewat 2012)
  • Mac Pro (Lewat 2013)

Kemudian, pastikan juga Mac yang anda gunakan itu masih mempunyai ruang storan kosong minimum 55GB.

Di sini AriffMac akan demonstrasikan cara memasukkan Windows 10 ke dalam Mac yang menggunakan macOS High Sierra 10.13.1. AriffMac juga telah terlebih dulu memuat turun format fail ISO Windows 10 untuk dimasukkan ke dalam Mac.

Introduction

Apabila anda mengaktifkan Boot Camp, satu kotak dialog akan keluar. Kotak dialog tersebut akan memandu anda sepanjang proses memasukkan Windows ke dalam Mac nanti.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Anda dinasihatkan membaca bahagian ini supaya dapat lebih memahami proses-proses seterusnya.

Selesai membaca Introduksi Boot Camp tersebut, anda klik pada butang Continue.

Select Tasks

Selepas itu, baca juga bahagian Select Tasks ini. Bahagian ini penting kerana anda perlu tetapkan sama ada anda mahu memuat turun fail Windows, perisian tambahan lain bagi menyokong Windows dari Apple atau anda boleh terus memulakan proses memasukkan Windows ke dalam Mac tanpa memuat turun Windows dan perisian lain.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Untuk kali pertama anda memasukkan Windows ke dalam Mac, anda perlu tandakan pada 3 kotak di atas. Seterusnya klik saja pada butang Continue. Tetapi sebelum terlupa, sambungkan peranti storan USB 16GB (tiada sebarang data di dalamnya) atau storan yang lebih besar pada Mac.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Jangan lupa sambungkan storan USB pada Mac. Pastikan juga storan tersebut bersaiz minimum 16GB dan tiada sebarang data di dalamnya.

Walaubagaimanapun, bagi Mac yang menggunakan OS X El Capitan 10.11 dan ke atas, anda tidak memerlukan storan USB ini sekiranya anda menggunakannya di model Mac berikut:-

  • MacBook Pro (2015 dan terbaru)
  • MacBook Air (2015 dan terbaru)
  • MacBook (2015 dan terbaru)
  • iMac (2015 dan terbaru)
  • Mac Pro (Lewat 2013)

Create Bootable USB Drive

Selepas storan USB tersebut disambungkan pada Mac, anda bolehlah klik semula butang Continue tadi. Kemudian Boot Camp ini secara automatik akan mengesan fail ISO Windows 10 yang telah berada di dalam Mac anda. Atau anda juga boleh memilih fail ISO versi Windows yang dikehendaki secara manual.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Sekali lagi berikan perhatian di bahagian ini. Peranti storan USB yang disambungkan pada Mac tadi akan diformat secara automatik oleh Boot Camp.

Jadi sekiranya terdapat data-data penting dalam storan USB tersebut, anda masih berpeluang memindahkannya ke dalam Mac tersebut atau di komputer yang lain.

Selepas anda klik butang Continue, Boot Camp sekali lagi memberikan peringatan tentang proses format yang akan dilakukan nanti akan memadam segala data (sekiranya ada) yang terdapat pada storan USB tadi.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Selepas itu, anda bolehlah klik butang Continue dan proses format dan menyalin fail-fail Windows ke dalam storan USB tersebut akan berjalan.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Peranti storan USB itu akan diformat secara automatik kepada format FAT32 oleh Boot Camp Assistant. Selesai format, fail-fail Windows pula akan disalin dari server Apple ke dalam storan USB.

Kemudiannya proses muat turun perisian sokongan Windows untuk Mac pula akan berjalan. Proses muat turun tersebut akan mengambil sedikit masa. Bergantung kepada kelajuan internet anda.

Create a partition

Setelah selesai proses muat turun tersebut, anda bolehlah menentukan saiz storan Windows yang akan digunakan nanti.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Anda boleh tentukan secara manual dengan menarik bahagian kotak berwarna biru atau membahagikannya sama rata saiz  storan bagi Windows dan macOS dengan klik pada butang Divide Equally.

Kemudian, anda teruskan dengan klik butang Install untuk memulakan proses memasukkan Windows ke dalam Mac anda. Setelah selesai keseluruhan proses di atas, Boot Camp akan meminta kebenaran bagi mengakses Startup Disk Mac.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Selepas anda memasukkan nama dan kata laluan serta klik butang Unlock, Mac anda secara automatik akan padam dan hidup semula (Restart) bagi memulakan proses memasukkan Windows ke dalam Mac. Kemudian anda akan dapati proses memasukkan Windows yang biasa anda lihat.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Di bahagian Windows Setup, anda pilih storan BOOTCAMP dan klik butang Format untuk menjadikannya kepada sistem fail Windows NTFS. Selepas itu klik butang Next bagi memulakan proses format dan memasukkan Windows.

Selepas selesai sahaja proses tersebut bermakna anda telah pun berjaya memasukkan Windows ke dalam Mac anda. Namun begitu tugas anda masih belum selesai lagi kerana anda perlu teruskan dengan tetapan Boot Camp di Windows pula serta beberapa tetapan lain.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Selepas anda memasukkan Boot Camp di Windows, anda sebaiknya semak sekiranya terdapat kemaskini bagi sokongan aplikasi Mac di Windows seperti iCloud, iTunes dan lain-lain.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Rasanya setakat itu sahaja proses memasukkan Windows ke dalam Mac. Sekiranya anda mahu mengakses semula macOS, anda terpaksa keluar dari sistem Windows dengan padam dan hidupkan semula Mac anda. Ataupun anda juga boleh lakukan dari pintasan Boot Camp yang terletak di bar menu Windows.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp

Walaubagaimanapun, bagi Mac yang menggunakan sistem fail terbaru Apple iaitu APFS, anda tidak boleh mengakses dengan memulakan proses Restart Mac anda terus dari Boot Camp tersebut. Sebaliknya anda hanya boleh Restart Windows seperti biasa yang anda lakukan.

Ini mungkin kerana belum ada kemaskini terbaru yang membolehkan tetapan Boot Camp atau Windows bagi  menyokong sistem fail APFS tersebut.

Tetapan sistem operasi utama Mac

Apabila anda memasukkan Windows ke dalam Mac anda, ini bermakna terdapat 2 sistem operasi komputer berbeza berada di dalam Mac tersebut. Jadi anda perlu tetapkan sistem operasi manakah yang akan menjadi keutamaan untuk Mac anda.

Maksudnya apabila Mac dihidupkan, sistem operasi tersebutlah yanag akan mengoperasikan Mac anda secara sendirinya (Default). Anda boleh membuat tetapan tersebut di System Preferences macOS di bahagian Startup Disk.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Anda boleh tetapkan sama ada macOS atau Windows sebagai sistem operasi utama Mac anda.

Kelemahan dan kelebihan Boot Camp

Boot Camp sememangnya memudahkan pengguna Mac memasukkan sistem operasi Windows ke dalam Mac mereka. Malah Windows akan dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan kuasa yang ada pada Mac tersebut.

Cara masukkan Windows ke dalam Mac menggunakan Boot Camp
Aplikasi Parallel Desktop membolehkan sistem operasi Windows atau yang lain digunakan secara serentak bersama macOS. Kredit foto Parallel Inc.

Ia berbeza dengan aplikasi seperti Parallel Desktop ata Virtual box yang terpaksa berkongsi kuasa Mac kerana 2 sistem operasi komputer beroperasi secara serentak di dalam Mac.

Cuma kelemahannya pula, anda terpaksa keluar terus dari salah satu sistem operasi bagi menggunakan sistem operasi lain. Ini sedikit menyusahkan sebenarnya.

Selain itu, sekiranya anda memasukkan Windows ke dalam Mac, ini bermakna Windows tersebut akan terdedah kepada serangan virus komputer, walaupun ia berada di dalam Mac.

Jadi anda perlulah memasukkan aplikasi antivirus bagi mengelakkan jangkitan virus komputer daripada berlaku.

Walaupun virus Windows tidak berkesan pada macOS, tetapi serangan terhadap sistem macOS boleh berlaku kerana terdapat perkongsian fail yang boleh diakses diantara 2 sistem operasi tersebut.

Kesimpulan

AriffMac nasihatkan, jika anda mahu memasukkan sistem operasi Windows ke dalam Mac, biarlah disebabkan anda betul-betul terpaksa sahaja. AriffMac tidak menggalakkan anda menggunakan 2 atau lebih sistem operasi di dalam satu komputer.

Tambahan pula, keselamatan sistem macOS akan terjejas dengan adanya Windows bersamanya. Sebaiknya, sekiranya anda memerlukan Windows, gunakan sahaja ia di PC seperti Acer, HP, Lenovo dan lain-lain.

Adalah rugi sekiranya anda memiliki Mac tetapi tidak menggunakan macOS yang memang dibangunkan khusus oleh Apple untuk mengoperasikan komputer Macintosh, sebaliknya menggunakan Windows sebagai sistem operasi utamanya.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here