Mengurus keselamatan akaun Apple anda di bahagian SECURITY QUESTION.

Pada beberapa minggu yang lepas (dah agak lama sebenarnya) ada pengguna Mac bertanya pada AriffMac cara membuat dan menukar soalan keselamatan akaun Apple beliau. Jadi caranya begini:-

1. Apple ID

Cara membuat dan menukar soalan keselamatan akaun Apple

Mula-mula anda perlu pergi ke laman web Apple ID. Di sini masukkan nama pengguna dan kata laluan akaun Apple anda.

2. SECURITY

Cara membuat dan menukar soalan keselamatan akaun Apple
Selesai tetapan soalan dan jawapan dibuat, klik butang Continue, selesai.

Kemudian di bahagian SECURITY, klik pada Change Questions… di bawah SECURITY QUESTIONS. Di sinilah untuk anda membuat dan menukar soalan keselamatan akaun Apple anda. Tetapi AriffMac nasihatkan jawapan bagi┬ásetiap soalan yang dipilih, dibuat seringkas yang boleh. Ini kerana jawapan tersebut perlu dijawab dengan tepat mengikut seperti yang anda tetapkan seperti huruf besar, jarak dan ayat yang anda tetapkan bagi setiap soalan tersebut. Jika salah, anda akan berdepan kesukaran untuk log masuk ke dalam akaun Apple anda nanti. Jadi elakkan jawapan yang terlalu panjang.

Cara membuat dan menukar soalan keselamatan akaun Apple
Contoh jika jawapan yang diberikan salah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here