naik taraf kepada windows 10

Dapatkannya sementara masih percuma.

Seperti sedia maklum, Microsoft akan menamatkan sepenuhnya sokongan terhadap sistem Windows 7 pada 14 Januari 2020 ini.

Bermakna sebarang kemas kini ciri keselamatan, sokongan teknikal dan sokongan lain tidak lagi akan diterima oleh sistem operasi usang ini.

Jadi anda amat disyorkan supaya segera menaik taraf kepada sistem komputer anda kepada Windows 10 yang terbaru di mana anda masih boleh mendapatkannya secara percuma.

Secara asasnya, mana-mana komputer yang menggunakan sistem Windows 7 akan turut menyokong sistem Windows 10.

Berikut adalah keperluan minimum Windows 10 sepertimana yang dinyatakan Microsoft:-

  • Latest OS: Make sure you’re running the latest version—either Windows 7 SP1 or Windows 8.1 Update.

  • Processor: 1 gigahertz (GHz) or faster processor or SoC

  • RAM: 1 gigabyte (GB) for 32-bit or 2 GB for 64-bit

  • Hard disk space: 16 GB for 32-bit OS or 20 GB for 64-bit OS

  • Graphics card: DirectX 9 or later with WDDM 1.0 driver

  • Display: 800 x 600

Ini adalah cara menaik taraf Windows 7 kepada Windows 10 secara percuma:-

1. Muat turun Windows 10 dari laman muka Download Windows 10 Disc Image (ISO File)

2. Kemudian klik pada butang Download Tool now bagi memuat turun Windows 10 Media Creation Tool.

3. Selesai muat turun, aktifkan Windows 10 Media Creation Tool dan klik butang Accept.

4. Kemudian pilih Upgrade this PC now dan klik butang Next.

5. Selepas itu, proses muat turun fail Windows 10 akan berjalan secara automatik. Proses ini akan mengambil sedikit masa. Jadi tunggu dengan sabar.

6. Selesai proses muat turun, sekali lagi satu kotak dialog akan meminta anda untuk bersetuju menerima terma penggunaan perisian Microsoft. Klik butang Accept.

7. Seterusnya proses Windows 10 Setup akan memberikan pilihan Install Windows 10 dan Keep personal files and apps. Tandakan pada 2 kotak pilihan itu dan klik butang Install.

8. Selepas itu, proses pemasangan Windows 10 pun akan bermula.

9. Selepas selesai pemasangan Windows 10, sambungkan komputer anda ke internet bagi mengaktifkan lesen sistem operasi komputer anda itu (Settings > Update & Security > Activation).

Pengaktifan lesen Windows 10 akan dibuat secara automatik berdasarkan kunci produk (yang sah sahaja) dari versi Windows 7 atau Windows 8.x yang anda gunakan sebelum ini.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here