macOS Catalina Mojave dan High Sierra

Setiap kali selepas Apple menawarkan versi macOS terbaru, mereka tidak lagi akan menawarkan secara terbuka untuk pengguna mendapatkan semula versi-versi macOS terdahulu.

Menyebabkan pengguna beralih kepada platfom-platfom pihak ketiga bagi memuat turun kembali sistem operasi macOS terdahulu seperti OS X El Capitan dan OS X Yosemite.

Tetapi kini Apple mewujudkan laman khas yang membolehkan pengguna mendapatkan semula versi Mac OS X terdahulu.

Walaubagaimanapun, hanya sebanyak 6 versi sistem operasi macOS terdahulu ditawarkan di dalam laman itu iaitu dari versi OS X Yosemite 10.10 , OS X El Capitan 10.11, macOS Sierra 10.12, macOS High Sierra 10.13, macOS Mojave 10.14 dan macOS Catalina 10.15.

Untuk info lanjut, layari laman sokongan Apple yang bertajuk “How to get old versions of macOS“.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here