Emoji iOS 12.1
Juga cara menggunakan accents (loghat) dan simbol dalam macOS.

Di dalam peranti-peranti pintar Apple seperti iPhone, iPad dan Apple Watch, anda mungkin sering menggunakan emoji ketika berbalas mesej menerusi aplikasi seperti iMessage dan lain-lain.

Tetapi untuk macOS pula, anda mungkin jarang menggunakannya sebab pilihan karakter emoji atau simbol ini tidak dipaparkan sepertimana pada peranti pintar.

Dalam kemaskini terbaru untuk peranti iOS 12.1, Apple Watch dan macOS 10.14.1 mengandungi sebanyak 158 rekaan terbaru karakter emoji. Jadi, apa kata anda cuba menggunakannya.

Untuk mengaktifkan emoji di macOS, anda perlu tekan butang kekunci Control–Command–Space bar serentak.

Atau aktifkan dulu aplikasi yang hendak diguna sebagai contoh aplikasi WhatsApp untuk Mac dan barulah tekan kekunci tadi.

Kemudian akan keluarlah tetingkap seperti paparan di bawah.

Character viewer

Kemudian anda bolehlah klik 2x butang kiri tetikus bagi memasukkan karakter emoji, simbol dan accents pada ruang teks aplikasi mesej tersebut.

Untuk pengetahuan anda, rekaan karakter emoji yang di hantar menerusi Mac, peranti iOS atau Apple Watch akan menjadi berbeza sekiranya anda menghantarnya menerusi aplikasi atau kepada peranti yang berbeza jenama.

Emoji
Contoh rekaan emoji Cold Face yang berbeza mengikut aplikasi dan peranti yang digunakan. Kredit imej: Emojipedia

Maksudnya rekaan grafik emoji adalah berbeza mengikut jenis peranti, sistem operasi atau aplikasi yang digunakan oleh penghantar atau penerima mesej. Malah mungkin karakter emoji tersebut tak terpapar langsung sebab ia tidak menyokong karakter emoji tersebut.

wHATSaPP Emoji

Emoji untuk aplikasi Messages di dalam macOS pula adalah lebih mudah diakses iaitu dengan hanya klik pada ikon Smiley Face yang terdapat pada aplikasi tersebut seperti yang dipaparkan pada rajah di bawah.

iMessage

Manakala bagi menukar huruf kepada accents atau versi lainnya, anda hanya perlu tekan kekunci huruf tersebut sehinggalah keluar kotak pilihan seperti yang dipaparkan pada rajah di bawah.

Accents

Teapi jika anda menekan lama huruf kekunci tetapi tiada sebarang kotak yang keluar, itu bermakna huruf tersebut tiada pilihan karakter lain atau anda mungkin telah nyahaktifkan (Off) ciri Key Repeat.

Key repeat

Selamat mencuba. Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here