
Anda boleh mengubah kedudukan ikon-ikon di Status menus macOS.
Status menus terletak di hujung bahagian kanan Mac yang terdiri daripada ikon-ikon. Ia merupakan antara ciri penting macOS yang memberikan akses pantas (pintasan) kepada penggunanya mengakses beberapa perkara penting seperti pengaktiffan Bluetooth, Wi-Fi, tetapan masa dan lain-lain.
Malah pengguna Mac juga boleh menambahkan ikon di Status menus bagi aplikasi-aplikasi lain apabila sesebuah aplikasi tersebut dimasukkan ke dalam Mac (jika ada tetapan itu untuk aplikasi tersebut).
Malah selain daripada itu, pengguna Mac juga sebenarnya boleh mengubah kedudukan ikon-ikon yang terdapat di Status menus mengikut tetapan mereka. Ciri tersebut mungkin tidak disedari bagi sebahagian pengguna Mac terutamanya mereka yang masih baru menggunakan Mac.
Cara mengubah kedudukan ikon di Status menus
Jadi, anda boleh mengubah kedudukan status ikon-ikon tersebut dengan hanya klik butang kekunci Command (tanpa lepas) dan pilihlah mana-mana status ikon yang mahu diubah kedudukannya dengan menyeret ikon tersebut.

Ataupun jika anda ingin membuang ikon-ikon yang terdapat di Status menus, caranya juga adalah tetap sama. Cumanya anda perlu menyeret keluar ikon tersebut jauh keluar sedikit dari bahagian Status menus.

Tetapi jika anda mahu mewujudkan kembali ikon-ikon tersebut di Status menus, anda perlu membuat semula tetapan di System Preferences bagi aplikasi atau ciri yang telah dibuang dari Status menus.

Walaubagaimanapun, tidak semua ikon yang terdapat di Status menus boleh dibuang. Sebagai contoh,iIkon Open Notification Center dan Spotlight tidak boleh dibuang dari bahagian Status menus.
Manakala bagi ikon-ikon aplikasi pihak ketiga pula, hanya melalui tetapan aplikasi tersebut sahaja yang boleh dibuat bagi menenetapkan sama ada anda mahu ikon bagi aplikasi tersebut berada di Status Menu atau tidak (jika ada untuk tetapan tersebut).

Ini bermakna anda tidak boleh menyeret keluar ikon aplikasi tersebut dari Status menus sepertimana yang dapat dilakukan ke atas ikon Wi-Fi, Bluetooth, SIRI dan lain-lain.
Selamat mencuba.






















