Kot dah ‘boring‘ dengan bahasa Inggeris…

Secara automatik, macOS akan ditetapkan kepada penggunaan bahasa Inggeris (A.S). Tetapi itu tidak bermakna anda tidak boleh menukarkannya kepada bahasa lain yang selesa digunakan anda.

Sebagai contoh, anda mungkin ingin menukar bahasa utama untuk macOS kepada bahasa Inggers (U.K), Mandarin, Arab mahupun bahasa Melayu.

Jadi, apa kata kita cuba menukar macOS ke bahasa Melayu. Untuk penukaran bahasa di macOS, buka System Preferences dan pilih Language & Region.

Jika tiada bahasa yang anda mahukan dipaparkan di ruang Preferred languages: anda boleh menambah bahasa yang dimahukan dengan klik butang + (rujuk rajah di atas).

Seterusnya untuk menjadikan ia sebagai bahasa utama macOS, anda perlu pilih dan seret bahasa tersebut ke paling atas bagi menggantikan bahasa utama macOS yang digunakan sekarang.

Kemudian akan timbul satu kotak dialog yang meminta anda memilih untuk hidupkan semula Mac anda bagi melaksanakan sepenuhnya penukaran bahasa utama macOS. Klik saja butang Restart Now.

Selepas selesai proses Restart, anda akan dapati bahasa utama macOS kini dipaparkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

Tidak terhad hanya pada antaramuka macOS, tetapi juga bahasa pada aplikasi-aplikasi rasmi dari Apple ataupun pihak ketiga Spotify dan Twitter “yang menyokong ciri bahasa Melayu” akan turut diubah paparannya kepada bahasa tersebut.

Seperti yang dinyatakan tadi, hanya aplikasi yang menyokong ciri tambahan bahasa yang dipilih sahaja akan ditukar secara automatik kepada sesuatu bahasa. Dalam contoh ini adalah bahasa Melayu.

Aplikasi yang tidak menyokong bahasa Melayu seperti Adobe Photoshop dan lain-lain tetap akan dipaparkan dalam bahasa Inggeris.

Atau mungkin sesebuah aplikasi itu langsung tidak menyokong bahasa tambahan lain.

Kesimpulan

Selepas cuba menggunakan bahasa Melayu di macOS untuk beberapa ketika, apa yang dapat disimpulkan adalah “I cannot gie“.

Jadi penulis kembali tukar semula ke bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dipaparkan di macOS.

Untuk menukar kembali ke bahassa Inggeris, prosesnya adalah sama sahaja seperti proses yang ditunjukkan di atas.

Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here