Cara menukar mod paparan klip dalam Magnetic Timeline FCPX

fcpx magnetic timeline

Kecil atau besarkan saiz klip magnetic timeline FCPX mengikut keselesaan anda. 

Sebelum ini telah saya kongsikan bagaimana untuk anda memulakan projek suntingan video dengan aplikasi Final Cut Pro X. Untuk siri ke 2 Tutorial FCPX ini pula, saya ingin kongsikan tips bagaimana anda boleh menukar saiz atau mod paparan klip yang dimasukkan ke dalam Magnetic Timeline FCPX.

Tetapan default paparan klip tersebut adalah seperti rajah di bawah.

Magnetic Timeline

Jadi, sekiranya anda rasa mod paparan tersebut tidak sesuai dengan anda, anda bolehlah menukar paparan klip tersebut dengan klik pada butang Change the appearance of the clips in the Timeline.

Butang ini terletak di hujung kanan anda, atas Magnetic Timeline.

Dalam tetapan tersebut, anda boleh menukar 6 mod paparan klip, menukar saiz dan tetapan lain khusus untuk paparan klip dalam Magnetic Timeline.

Selamat menyunting.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here