Ubah tetapan lokasi autobackup Final Cut Pro X

Dalam tutorial Backup Library suntingan video FCPX bahagian 1 – Autobackup sebelum ini telah dikongsikan tentang ciri autobackup FCPX.

Seperti sedia maklum, FCPX dilengkapi dengan ciri autobackup. Lokasi fail autobackup FCPX secara automatik ditetapkan berada di dalam storan Mac dalam Folder Movies yang bernama Final Cut Backups.

Final Cut Backups
Lokasi default autobackup FCPX.

Walaubagaimanapun, anda juga boleh mengubah tetapan lokasi autobackup FCPX ke dalam folder lain ataupun ke dalam storan luar.

Berikut adalah cara mengubah lokasi autobackup FCPX:-

1. Aktifkan tetapan Library Properties di FCPX.

FCPX Library properties
File > Library Properties

2. Klik pada bahagian Inspector yang terletak di bahagian kanan atas antaramuka FCPX.

FCPX Inspector

3. Kemudian, klik pada butang Modify Settings di bahagian Storage Locations seperti yang ditunjukkan dalam rajah di atas.

4. Selepas itu akan keluar satu kotak tetapan yang membolehkan anda menentukan lokasi folder-folder penting yang melibatkan projek-projek video anda.

FCPX AUTOBACKUPS

5. Pada tetapan tersebut, klik pada kotak pilihan Backups dan pilih Choose… bagi mengubah tetapan lokasi autobackups FCPX.

Jika lokasi autobackup FCPX ditetapkan ke dalam storan luar, pastikan anda mencipta folder baru terlebih dahulu dan namakan folder bagi autobackup FCPX tersebut.

6. Selesai.

Sekiranya anda telah mengubah lokasi tetapan autobackup FCPX ke dalam storan luar, pastikan anda menyambungkan storan luar tersebut bersama Mac ketika anda sedang menyunting video yang sedang dilaksanakan.

Jika tidak, FCPX tidak akan dapat membuat proses autobackup bagi projek yang sedang berjalan.

Ini kerana, FCPX tidak pula secara automatik akan menukar kembali tetapan lokasi autobackup ke dalam Folder Movies > Final Cut Backups dalam storan Mac jika storan luar tersebut tidak disambungkan.

Tutorial FCPX AUTOBACKUPS
Anda boleh menyemak nama folder autobackup FCPX dalam Library Properties.

Bersambung…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here