Guna mod cerah Google Chrome bersama mod gelap macOS Mojave.

Pada minggu lepas, pihak Google telah melepaskan kemaskini versi 73 untuk aplikasi pelayar web Google Chrome.

Kemaskini versi tersebut membolehkan Chrome mengaktifkan mod gelap atau mod cerah secara automatik mengikut tema gelap atau cerah yang digunakan oleh macOS Mojave.

Walaubagaimanapun, tiada tetapan manual yang membolehkan pengguna memilih mod yang hendak digunakan untuk Google Chrome.

Maksudnya, jika pengguna mahu mengaktifkan mod cerah atau gelap untuk Chrome, aplikasi tersebut terpaksa mengikut versi tema yang digunakan oleh macOS Mojave.

Jadi, sekiranya anda mahu menggunakan Google Chrome dalam mod cerah tetapi turut mahu menggunakan mod gelap untuk macOS Mojave, anda perlu ikuti langkah-langkah ini:-

1. Untuk menyah aktifkan mod gelap aplikasi Google Chrome, pertama sekali yang perlu anda lakukan adalah mengenal pasti Bundle Identifier aplikasi tersebut. Ia boleh dilakukan menerusi Terminal dengan memasukkan seperti arahan di bawah.

osascript -e 'id of app "Google Chrome"'

Selepas memasukkan arahan tersebut, anda akan dapat lihat Bundle Identifier aplikasi Chrome iaitu com.google.Chrome.

Bundle Identifier
Bundle Identifier aplikasi Google Chrome.

2. Selepas mengetahui Bundle Identifier aplikasi tersebut, anda masukkannya ke dalam arahan seterusnya seperti di bawah.

defaults write com.google.Chrome NSRequiresAquaSystemAppearance -bool yes

Bundle Identifier app

3. Selepas memasukkan arahan tersebut, anda perlu menghidupkan semula aplikasi Chrome tadi. Kemudian anda akan dapati aplikasi Google Chrome kembali menggunakan mod cerah bersama tema gelap macOS Mojave.

Chrome light mode

Tetapi sekiranya anda rasa macam tak best pulak menggunakan mod cerah Google Chrome ini, anda boleh kembali semula mengaktifkan mod gelapnya dengan memasukkan seperti arahan di bawah di dalam Terminal.

defaults delete com.google.Chrome NSRequiresAquaSystemAppearance

Seperti biasa, hidupkan semula aplikasi Google Chrome dan mod automatik aplikasi tersebut akan diaktifkan semula.

Selesai dan selamat mencuba.

 

P/s: Harapnya dalam kemaskini akan datang, Google akan menyediakan tetapan yang memudahkan pengguna mengaktifkan mod gelap atau cerah untuk Google Chrome, sepertimana yang ada pada aplikasi pelayar Firefox.

Firefox Theme

 

Sumber tips: BestTechie

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here